“Oh begini cara cepat cuci mixer tanpa perlu menyental setiap jaring. Jimat masa…”
Stand mixer dan hand mixer merupakan satu alat yang biasanya digunakan untuk membuat kek.
Kedua-dua pengadun ini mempunyai fungsi yang sama tapi stand mixer lebih mudah dan menjimatkan tenaga kerana kita tidak perlu memegangnya semasa sedang mengadun adunan.
Namun begitu, disebabkan oleh bentuk pengaduk alat ini yang bulat dan berjaring membuatkan kita sukar untuk membersihkannya selepas diguna.
Lebih lagi jika ada sisa kotoran yang sudah mengeras di sudut yang susah untuk dicapai. Ianya bukan saja membazir tenaga, malah mengambil masa yang lama untuk mencucinya.
Oleh itu, jom MyResipi kongsikan trik dan cara cepat untuk membersihkan mixer tanpa bersusah payah mencuci di setiap jaring dan sudut.
Baca juga: Mr. Ali Kongsi Tips Buat Whipping Cream Jadi Kental & Coklat Ganache Berkilat Elok
CARA CEPAT CUCI MIXER
Trik tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna tiktok yang bernama Syah & Syida. Berikut merupakan perkongsiannya:
1. Selepas siap menggunakan pengadun, masukkan sedikit air dan sabun ke dalam bekas pengadun.
2. Kemudian jangan lupa lock pengadun anda. Putar menggunakan kelajuan sederhana.
3. Hasilnya, pengandun bersih tanpa bersusah payah untuk mencucinya. Selamat mencuba!
Baca juga: Krim Putar Rosak Sebab ‘Overbeat’? Jangan Buang! Boleh Dibuat Butter & Buttermilk