Jom belajar cara bungkus nasi lemak daun pisang. Yang baru berjinak nak meniaga nasi lemak. Memang inilah peluangnya!
Nasi lemak merupakan salah satu menu tradisi kegemaran rakyat Malaysia. Tak kira di waktu pagi, tengah hari dan malam, ia tetap menjadi makanan pilihan ramai.
Sehingga kini, banyak restoran atau kedai-kedai makan yang menjual hidangan nasi lemak dengan pelbagai ‘inovasi’ yang menarik. Pun begitu, nasi lemak yang dijual di tepi jalan juga tetap tidak dilupakan.
Baca juga: Tip Masak Nasi Lemak Guna Santan Kotak, Barulah Wangi Dan Masak Sekata
Malah, ia mungkin lebih enak kerana dibungkus dengan daun pisang atau kertas pembalut.
Bercakap mengenainya, mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membungkus nasi lemak dengan kemas tanpa menjejaskan nasi di dalamnya.
Mungkin kelihatan mudah namun ia sememangnya memerlukan ketelitian yang tinggi untuk mendapatkan hasil bungkusan yang terbaik.
Jangan risau, perkongsian Cik Puan Nurshafaroziah Ibrahim ini boleh bantu anda untuk mempelajari membungkus nasi lemak dengan baik. Nak tahu caranya? Jom tengok video di bawah ini.
Hari ni rajin sikit buat nasi lemak daun pisang. Jadi, saya share langkah-langkah utk bungkus nasi lemak. Dulu, tolong mak meniaga dari sekolah menengah sampai la masa menganggur tunggu posting.
Mudahkan? Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua terutama bagi yang ingin memulakan bisnes menjual nasi lemak.
Selamat mencuba!
Baca juga: Sambal Sotong Kembang, Makan Dengan Nasi, Nasi Lemak, Lempeng Sodap Beb!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…