Ini ada cara buat Udang belon ala Thai. Hidangan ini boleh dianggap sebagai hidangan yang ringkas tetapi mempunyai rasa yang memukau dan menggoda selera.
Biasanya, apabila kita menikmati makanan di restoran Thai dan memesan udang celup tepung, ia akan menyerupai udang belon ala Thai seperti ini.
Baca juga: Udang Goreng Kering Style Kantonis, Resipi Autentik Versi Halal
Resipi ini sangat mudah, hanya menggunakan lima bahan sahaja. Apabila disajikan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja, sudah cukup untuk menyeronokkan tekak. Anda juga boleh mencuba mencelupnya dengan sos dan mayonis untuk menambahkan lagi kelazatan rasa.
Jika sebelum ini anda selalu pergi ke restoran Thai untuk menikmati udang belon, cubalah kali ini untuk membuat sendiri di rumah. Ia sangat mudah dan senang dilakukan dengan bahan-bahan yang mudah diperoleh.
Resipi ini dikongsi oleh Fatyma Idris. Melihat kepada gambar hidangan udang belon yang disediakannya, pasti dapat menggambarkan kesedapan dan kerangupan hidangan tersebut.
CARA BUAT UDANG BELON ALA THAI
Bahan-bahan:
- Udang
- Tepung penaik Blue Key (yang kotak berwarna pink tu)
- Telur
- Garam sedikit (atau secukup rasa)
- Air secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula bersihkan udang sehingga bersih. Nak dapatkan udang yang cantik, gunakan pengcunkil gigi dah buang kotoran hitam pada belakang udang. Bila dah buang kotoran belakang tu, tak perlu lagi belah 2 udang tu.
2. Buang kulit udang tapi bahagian ekor jangan dibuang. Lagi sedap dimakan sekali nanti.
3. Kemudian sediakan bekas dan masukkan tepung penaik, telur dan garam.
4. Ketuk dan gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
5. Selepas tu masukkan air secukupnya. Perlu pandai-pandai untuk bagi adunan tak berapa cair dan tak terlalu pekat. Cukup sekadar udang tu boleh melekat dengan adunan tepung tu nanti.
6. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian celurkan udang ke dalam tepung dan goreng dalam minyak panas tadi.
7. Bila dah masak dan warna bertukar agak-agak keperangan, boleh tutup api, angkat dan toskan.
8. Dah siap untuk dihidangkan!
Selamat mencuba.
Sumber: Fatyma Idris
Baca juga: Udang Masak Sambal Kerisik, Makan Dengan Nasi Lemak, Nasi Minyak Memang Sedap!