Categories: Resepi

Cara Buat Tteokbokki Halal Homemade, Lagi ‘Feel’ Sambil Layan Kdrama

Pernah merasa Tteokbokki? Memang sedap rasa pedas-pedas manis dan kenyalnya seperti kuih mochi ini. 

Kalau tengok Kdrama mesti selalu jumpa babak pelakon makan Tteokbokki kan? Yang minat atau yang nak cuba tu korang boleh buat sendiri jer lepas ni.

Tteokbokki ialah kek beras kenyal yang dimasak dalam kuah merah dan pedas. Ia adalah’street food’ Korea yang popular. Yang pernah melancong ke sana, memang agak sukar sedikit untuk cari versi yang halal.

Baca juga: Cara Buat Rabokki (Ramen + Tteokbokki), Pedas, Manis & Mudah

Jadi, dekat Malaysia ini, kita boleh buat versi halal di rumah!

Resipi Tteokbokki versi Halal ini telah dikongsikan sendiri oleh Ilmu Percuma di laman Instagram. Hasilnya memang lembut dan kenyal. Rasa sos yang pedas-pedas manis.


RESIPI TTEOKBOKKI HALAL HOMEMADE

Bahan Tteokbokki:

  • 1 cawan membukit tepung beras pulut
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Air secukupnya

Cara penyediaan Tteokbokki:

1. Dalam mangkuk satukan bahan di atas.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.

3. Tabur tepung beras pulut di atas pelapik, kemudian ambil sedikit doh, bulatkan dan gulung memanjang lalu potong ikut saiz yang disukai.

4. Didihkan air dalam periuk, masukkan doh yang siap di bentuk lalu rebus.

5. Bila Tteokbokki hampir timbul terus angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk/ais.

Bahan Sos: 

  • 3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam* Tumbuk semua bahan ni hingga hancur lumat
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar cili pes Gochujang Halal.
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil penuh bijan putih
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam atau kiub pati ayam. Garam, gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 1 keping cheese (optional)
  • Sedikit daun bawang

Cara buat sos:

1. Panaskan minyak.

2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan semua bahan sos satu persatu kecuali air dan cuka. Kacau hingga semua sebati.

3. Kemudian masukkan air mengikut kepekatan kuah yang disukai dan yang terakhir masukkan cuka serta Tteokbokki yang telah siap dibuat awal tadi.

4. Kacau semua sebati. Jika suka berkuah lebihkan air. Siap.


Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat ‘Gejang’, Ketam Bertelur Mentah Perap Soy Sauce

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago