Categories: Tips & Petua

Tip Buat Tempoyak Gerenti Jadi, Ada 9 Pantang Larang Kena Ikut!

Sekarang musim durian kan? Haa, eloklah kalau buat stok tempoyak durian. Senang bila nak masak patin tempoyak, sambal udang tempoyak atau apa-apa masakan yang menggunakan tempoyak.

Sebenarnya cara membuat tempoyak yang sedap tidak sukar mana. Namun, ada beberapa petua penting yang perlu diikuti untuk menghasilkan tempoyak yang segar dan tahan lama.

Di samping itu, tempoyak yang dibuat sendiri jauh lebih enak dan terjamin rasanya berbanding beli di kedai. Kalau nak tahu apakah petua tersebut, jom ikuti artikel ini sehingga selesai.

Baca juga: Tips Simpan Durian Supaya Tahan Lama, Setahun Pun Elok Lagi

9 TIP DAN CARA BUAT TEMPOYAK DURIAN PASTI MENJADI

Berikut merupakan 9 petua membuat tempoyak:

1. Untuk membuat tempoyak, guna isi durian yang masih elok. Elak menggunakan durian yang hampir buruk, busuk atau kurang sedap rasanya. Nanti tempoyak juga akan menjadi kurang sedap.

2. Pilih isi durian yang sedikit lembik. Selalunya jenis durian kampung.

3. Tempoyak asli, hanya isi durian sahaja. Tidak perlu ditambah apa-apa bahan lain seperti garam atau asam. Hanya isi durian sahaja yang diperam.

4. Asingkan isi daripada biji dan kumpulkan dalam penapis untuk keluarkan air durian. Tujuannya untuk tempoyak tahan lebih lama.

5. Isi durian tak perlu dikisar atau dilenyek (sebab durian yang diguna sudah lembik). Kumpulkan, tapis dan masukkan ke dalam balang/bekas.

6. Tempoyak tidak semestinya berwarna kuning. Durian yang berisi lembik ini kadang kala warnanya kuning pucat sahaja tapi rasanya sedap.

7. Hati-hati jika tempoyak mempunyai warna kuning terang, ada kemungkinan dicampur pisang emas. Namun ini hanyalah kemungkinan saja ya, tidak semua penjual melakukan demikian.

8. Tempoyak asli yang tidak dicampur apa-apa bahan akan tahan lebih lama (setahun jika disimpan dalam peti sejuk). Jika tempoyak sudah rosak atau berubah rasa dalam tempoh dua ke tiga bulan, berkemungkinan ia dicampurkan dengan bahan-bahan lain. Sebaiknya dibuang.

9. Satu lagi cara untuk pastikan tempoyak asli adalah dengan melihat ‘urat-urat’ atau serabut durian pada tempoyak. Ini menandakan isi durian tersebut tidak dikisar atau dicampur dengan bahan-bahan lain untuk ‘nampak banyak’.

Sumber: Rasa

Baca juga: Cara Mudah Buat Pulut Durian & Kuah Santan, Nikmatnya Tak Terkata!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago