Categories: Resipi

Resepi Terung Bakar Santan, Lebih Sedap Dengan Berkuah Pekat

Tak ramai tahu resepi menggunakan terung sebagai bahan utama, sedangkan sayuran ini sangat sedap dimasak dengan cara membakar seperti resepi Terung Bakar Santan.

Terung turut dikenali sebagai eggplant di Barat, merupakan tumbuhan yang mempunyai saiz agak panjang, berbentuk bujur yang mempunyai warna ungu gelap.

Terung yang sering kita lihat di Malaysia adalah berwarna ungu gelap, tetapi terdapat juga terung yang berwarna merah, hijau atau hitam.

Baca juga: Terung Bakar Asam Lemak, Resipi ‘Bikin’ Terliur, Cukup Rasa Masam, Pedas Dan Berlemak

Buat pengetahuan anda, terung mempunyai peminatnya tersendiri kerana ia merupakan antara sayuran yang sering menjadi pilihan dalam masakan Melayu.

Tekstur dan rasa unik yang datang daripada terung kepada pelbagai resepi masakan membuatkan sayuran ini disukai ramai.

Walaupun terdapat banyak cara untuk memasak terung, namun sayuran ini sebenarnya lebih enak dimakan dengan cara membakarnya di atas api dapur.

Nak tahu betapa sedapnya sayuran ini? Anda boleh cuba resepi Terung Bakar Santan yang dikongsikan oleh Nor Asfah Ali di Facebook.

RESEPI TERUNG BAKAR SANTAN

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Tumbuk bahan bertanda (*).

2. Masukkan sedikit air asam jawa, kemudian masukkan santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk.

3. Bilas dalam kotak santan dengan sedikit air untuk ambil lebihan santan.

4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa, kemudian kacau sampai mendidih. Siap untuk dihidang!

Anda tak perlu letak banyak air dalam resepi Terung Bakar Santan ini kerana hidangan ini lebih sedap jika kuahnya pekat. Selain itu, anda boleh masukkan cekur untuk menambahkan lagi kelazatannya.

Terung Bakar Santan cukup enak dinikmati bersama lauk utama dan nasi panas yang semestinya akan menjadikan hidangan anda seisi keluarga lebih sempurna.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Asfah Mohd Ali

Baca juga: Cara Buat Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan, Anak-Anak Makan Berebut!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

8 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

8 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

8 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

9 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

9 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

12 hours ago