Categories: Resipi

Cara Elak Tempoyak Jadi Masam, Tak Cepat Berkulat & Lebih Tahan Lama

Kalau anda tercari-cari cara buat tempoyak durian yang sedap, tahan lama dan tak cepat berkulat, ini panduan mudah yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

Ramai suka guna tempoyak untuk buat sambal, gulai atau ikan patin, tapi tak semua tahu cara simpan tempoyak supaya tak cepat basi.

Sebenarnya, tempoyak boleh tahan lama kalau pilih isi durian yang sesuai, asingkan biji elok, peram betul dan simpan dengan cara yang betul.

Kalau ikut cara yang betul, tempoyak boleh tahan berminggu-minggu, malah sampai berbulan pun masih sedap!

Baca juga: Nak Buat Jem Durian Yang Sedap, Jangan Skip Bahan ‘Ini’ Semasa Masak

CARA BUAT TEMPOYAK DURIAN YANG TAK MASAM, TAHAN LAMA & TAK CEPAT NAIK KULAT

Cara buat tempoyak manis (tak terlalu masam):

  1. Asingkan isi durian daripada bijinya.
  2. Masukkan isi durian ke dalam bekas bertutup.
  3. Untuk makan harian, simpan dalam bekas kecil supaya senang ambil.
  4. Kalau nak simpan lebih lama, masukkan ke dalam bekas berasingan dan letakkan di bahagian freezer.
  5. Cara ini mengekalkan rasa durian yang wangi, lemak manis dan tak terlalu masam.

Cara buat tempoyak masam (tahan lama & tak cepat berkulat):

  1. Pilih durian yang murah atau isi durian yang dah pecah atau kurang cantik, asalkan belum rosak atau berkulat.
  2. Asingkan isi durian daripada bijinya.
  3. Masukkan isi ke dalam penapis.
  4. Toskan isi durian di luar peti sejuk selama 2 malam supaya airnya keluar.
  5. Gaulkan isi tempoyak dengan sedikit garam. Jangan letak terlalu banyak, cukup sekadar perasa. Kalau terlebih, rasa boleh jadi masin pahit.
  6. Masukkan tempoyak ke dalam balang. Boleh isi penuh sebab lepas ditos, tempoyak dah tiada gas sebab sudah kembang dan padat.
  7. Taburkan sedikit gula di bahagian atas sebelum tutup balang. Ini membantu elak kulat tumbuh cepat.
  8. Simpan tempoyak dalam balang kecil-kecil supaya senang ambil dan tak usik bekas lain.
  9. Simpan di dalam peti sejuk atau di luar pun boleh, ikut keselesaan.

Sumber: Amy Rosina

Baca juga: Cucur Durian Anti Gagal, Lembut Dan Gebu Sampai Makan Berulang Kali

Wan N

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

10 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

11 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

12 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

12 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

13 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

13 hours ago