cara buat telur masin

Siapa suka makan telur masin, anda wajib cuba cara buat telur masin homemade di bawah ini.

Kalau buat sendiri, boleh ubah suai rasa ‘masin’ mengikut selera masing-masing.

Ada yang tidak suka bahagian putih yang terlalu masin, tak sedap katanya. Lain orang lain cita rasa.

Jadi, mari kita cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Puan Liana Ana di bawah.

Baca juga: Mudahnya Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam, Rasa Pun Lagi Sedap!

CARA BUAT TELUR MASIN HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Telur itik 10-12 biji
  • 1/2 cawan garam kasar
  • 2 sudu besar cuka
  • Air 2 cawan (ikut sukatan yang sukat garam)

Cara-cara penyediaannya:

1. Satukan garam kasar, cuka dan air dalam periuk.

2. Masak atas api sehingga garam larut.

3. Bila semuanya dah larut, tutup api dan biarkan sehingga betul-betul sejuk.

4. Kemudian barulah susun telur itik dalam bekas dan tuangkan air rebusan yang sudah disejukkan tadi.

5. Jerukkan dalam tempoh masa seminggu, tak perlu tukar air. Boleh simpan di luar atau simpan dalam peti sejuk.

Kredit resipi dan gambar: Liana Ana

Baca juga: Cara Masak Telur Masin Guna Air Fryer Tanpa Guna Air, Cantik & Elok Hasilnya

Baca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Thai, Guna 3 Bahan Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN