cara buat telur rebus

Cara buat telur rebus yang elok tanpa retak, mudah dikupas dan tahan lama sebenarnya lebih mudah dari yang kita sangka.

Pernah tak kita rasa kecewa apabila telur yang direbus retak, kulitnya susah nak tanggal dan hasilnya tak cantik?

Sebenarnya ada teknik yang sangat mudah dan berkesan untuk mendapatkan telur rebus yang sempurna, iaitu dengan teknik kukus!

Dengan menggunakan cara ini, telur akan cantik elok, mulus dan kulitnya tak mudah pecah. Selain itu, telur rebus juga akan lebih tahan lama dan tak cepat rosak.

Baca juga: Petua Cili Kisar Tak Cepat Naik Kulat Putih, Kena Buat Teknik ‘Keringkan’ Air Ini

Cara Buat Telur Rebus Guna Teknik Kukus

cara buat telur rebus

Berikut langkah-langkah mudah untuk dapatkan telur rebus yang cantik, tak pecah dan mudah dikupas:

  1. Gunakan pengukus dan panaskan air hingga mendidih.
  2. Letakkan telur dalam pengukus apabila wap sudah naik.
  3. Untuk set pertama telur, kukus selama 40 minit (jumlah telur ikut saiz periuk atau pengukus).
  4. Untuk set kedua dan seterusnya, kukus selama 30 minit sahaja, sebab air kukusan masih panas.
  5. Bila cukup masa, keluarkan dan sejukkan dalam air biasa atau air ais sebelum dikupas.

Selamat mencuba petua dapur ini. Selepas ini, dijamin tiada lagi insiden telur rebus retak dan tak cantik bila dikupas!

Sumber: Pink Casper

Baca juga: Petua Simpan Seafood Agar Tak Berubah Hitam, Kekal Rasa Manis & Tekstur Pejal

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN