
Kalau tiba-tiba minyak masak habis di rumah, jangan risau! Dengan teknik mudah ini, anda masih boleh masak telur dadar tanpa minyak yang lembut, gebu dan sedap.
Trik ini dikongsi oleh seorang pengguna TikTok, Yulia, yang menunjukkan cara memasak telur menggunakan daun pisang sebagai ‘alas’ semula jadi. Kaedah ini bukan sahaja ringkas, malah lebih sihat kerana tidak memerlukan minyak langsung.
Teknik ini bukan terhad kepada telur dadar sahaja, anda juga boleh mencubanya untuk memasak telur mata kerbau atau telur hancur, sesuai untuk anda yang ingin kurangkan penggunaan minyak dalam masakan harian.
Baca juga: 7 Petua Kurangkan Pedas Masakan Yang Terlalu ‘Menyengat’, Tip No. 3 Paling Menjadi!
CARA MASAK TELUR DADAR TANPA MINYAK, GANTI GUNA DAUN PISANG

Cara penyediaan:
- Cuci daun pisang hingga bersih dan keringkan.
- Panaskan air di dalam kuali dan biarkan ia mendidih.
- Letakkan daun pisang di atas permukaan air mendidih, ia akan bertindak sebagai lapisan menggantikan minyak.
- Tuang bancuhan telur ke atas daun pisang.
- Ratakan telur dan tutup bahagian atasnya dengan sekeping lagi daun pisang.
- Apabila air semakin kering dan telur mula mengeras, balikkan daun pisang beberapa kali sehingga telur masak sepenuhnya.
- Angkat dan hidangkan. Hasilnya, telur dadar tanpa minyak yang tetap lembut, gebu dan wangi daun pisang!
Sumber: Kuali
Baca juga: Kapur Makan Bukan Saja Buat Gorengan Lagi Rangup, Rupanya Banyak Fungsi Lain Dalam Masakan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














