cara kurangkan pedas

Pasti ramai yang mencari cara kurangkan pedas bila masakan tiba-tiba jadi terlalu menyengat. Kadang-kadang terjadi kerana tersilap letak cili atau cili yang digunakan lebih pedas daripada biasa.

Walaupun masakan pedas memang membuka selera, tak semua orang tahan makan pedas terutama anak-anak dan warga emas. Jadi, penting untuk tahu tip mudah yang boleh digunakan untuk seimbangkan semula rasa hidangan.

Oleh itu, MyResipi kongsikan 7 kaedah mudah yang boleh membantu mengurangkan rasa pedas dengan cepat dan berkesan. Pilih sahaja cara yang paling sesuai dengan jenis hidangan anda.

Baca juga: Kapur Makan Bukan Saja Buat Gorengan Lagi Rangup, Rupanya Banyak Fungsi Lain Dalam Masakan!

CARA KURANGKAN PEDAS DALAM MASAKAN

cara kurangkan pedas

1. Gula Atau Madu

Untuk mengurangkan rasa pedas yang terlalu kuat, tambahkan beberapa sudu gula atau madu ke dalam masakan. Ia membantu menyeimbangkan rasa dan menjadikan hidangan lebih lembut.

2. Lemon, Cuka Atau Asam Jawa

Rasa masam boleh membantu mengurangkan kepedasan. Boleh gunakan cuka, asam jawa, asam keping atau perahan jus lemon. Namun, pastikan tidak terlalu banyak supaya tidak tenggelamkan rasa asal lauk.

3. Kentang

Masukkan sebiji kentang dan masak bersama hidangan sehingga empuk. Kentang berfungsi menyerap sebahagian rasa pedas dan membantu menyeimbangkan rasa keseluruhan.

4. Bawang Besar

Hirisan bawang besar boleh membantu mengurangkan rasa pedas dalam sambal atau masakan berkuah. Saiz dan jumlah bawang bergantung kepada jenis hidangan.

5. Tomato

Jika sambal atau masakan terlalu pedas, masukkan sebiji tomato semasa memasak. Tomato membantu menenangkan kepedasan sambil menambah rasa manis semula jadi.

6. Lebihkan Sayur

Untuk masakan berkuah seperti tom yam atau kari, tambahkan lebih banyak sayuran. Nanas juga boleh digunakan untuk mengurangkan rasa pedas sambil menambah aroma dan rasa manis semula jadi.

7. Cara Memilih Cili

Pemilihan cili juga mempengaruhi tahap kepedasan. Pilih cili kering yang lurus dan berkilat, bukannya cili kerinting, kerana cili lurus cenderung kurang pedas.

Sumber: Facebook Resepi Free

Baca juga: Tip Pilih Ayam Dengan Tengok Bahagian ‘Tongkeng’, Boleh Tahu Segar Atau Tidak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN