Categories: Resipi

Cara Mudah Buat Sup Tulang Tanpa Guna Rempah Sup & Sup Bunjut

Resipi sup tulang ini mudah sangat nak buat sebab tak perlu guna rempah sup ataupun sup bunjut tapi rasa tetap sedap kaw kaw!

Siapa yang suka menu simple macam ni bolehlah cuba masak nanti. Ikut je resipi hasil perkongsian oleh Hajar Mohd di bawah.

Resipi Sup Tulang Tanpa Rempah Sup & Sup Bunjut

Bahan utama:

Anggaran 2 kg tulang lembu. Boleh gunakan bahagian apa pun yang anda gemari samaada ekor, rusuk atau daging.

Kisar hancur 9 biji bawang kecil dan 25 ulas bawang putih. Jika tiada bawang kecil, boleh guna 300g bawang besar.

Bahan menumis hiris halus:

  • 3 biji bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 3 cm halia

Bahan rempah:

  • 20 biji bunga cengkih
  • 15 biji buah pelaga
  • 4 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 helai daun salam

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan menumis iaitu bawang putih dan bawang merah dan halia.

2. Masukkan bahan rempah.

3. Masukkan bahan kisar. Masak sampai betul betul masak. Kalau kurang masak, nanti kuah dia rasa tak best.

4. Bila bahan kisar dah garing, masukkan tulang. Reneh dengan api perlahan ½ jam. Kemudian masukkkan 3@4liter air, kuatkan api. Bolehlah tambah air sehingga tulang tenggelam.

Masukkan 1 daun salam, reneh 1 jam atas api dapur biasa.

5. Apabila cukup 1 jam reneh. Masukkan lobak merah, carrot, gula, garam dan perasa.

6. Tumbuk biji lada hitam dan lada putih. Masing-masing sukatan satu sudu makan saja. Kalau tulang masih keras. Tambah sikit air dan reneh lagi 30 minit.

7. Lagi beberapa minit nak matikan api dapur, boleh masukkan tomato, daun sup, bawang goreng dan perahan limau. Hidangkan bersama sambal kicap.

Selamat mencuba!

Kredit: Hajar Mohd

Baca juga: Cara Buat Sup Ikan Gerenti Tak Hanyir, Hirup Panas-Panas Sedapnya!

Nasiha

Recent Posts

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

5 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

5 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

5 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

5 hours ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

6 hours ago

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

8 hours ago