
Jika anda sedang mencari cara buat seri muka yang sedap dan ada kelainan, resipi seri muka jagung ini memang patut dicuba!
Kuih tradisional ini terkenal dengan gabungan lapisan pulut yang lemak dan lembut di bawah, serta lapisan atas yang manis dan kenyal.
Dalam resipi ini, lapisan atas diperbuat dari jagung manis yang berlemak dan lembut. Warnanya yang kuning turut menjadikannya lebih menarik.
Jika ada yang ingin mencuba, jom tengok bahan-bahan dan langkah demi langkah cara penyediaannya di bawah.
Baca juga: Resipi Apam Tokyo Yang Lembut, Gebu & Manis, Sedap Macam Beli Dekat Pasar Malam!
CARA BUAT SERI MUKA JAGUNG

Bahan-bahan lapisan bawah:
- 2 cawan beras pulut (dibasuh dan direndam dalam air selama 2 jam)
- 2 cawan santan sederhana pekat
- 2 sudu teh garam halus
- 1 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan lapisan atas:
- 1 tin jagung manis krim
- 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar tepung kastad
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 biji telur gred B
- 2 cawan santan sederhana pekat
- Beberapa titik pewarna kuning (jika suka)
Cara-cara buat lapisan bawah:
- Satukan santan dengan garam dan minyak, kacau hingga garam larut.
- Toskan pulut dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 9 ½ inci yang telah dialas dengan plastik.
- Tuangkan campuran santan tadi ke atas pulut dan ratakan.
- Panaskan pengukus sehingga mendidih, kemudian kukus pulut selama 30 minit dengan api sederhana.
Cara buat lapisan atas:
- Dalam satu bekas, satukan tepung beras, tepung gandum, tepung kastad, gula, telur, santan dan pewarna kuning. Kacau hingga sebati dan gula larut.
- Tapiskan adunan ke dalam periuk. Masukkan jagung krim (pastikan bukan jagung kernel ya!).
- Kacau atas api sederhana hingga adunan naik wap sahaja (jangan sampai pekat).
- Setelah pulut dikukus, ratakan dan tekan pulut supaya padat (kalau rajin, boleh gemburkan dulu baru tekan).
- Tuangkan adunan jagung ke atas pulut, ratakan perlahan-lahan.
- Kukus semula selama 30 minit. Balut penutup pengukus dengan kain bersih supaya wap air tak menitis atas permukaan serimuka.
- Sejukkan serimuka di dalam peti ais selama 3-4 jam sebelum dipotong.
- Gunakan pisau plastik yang disapu sedikit minyak untuk hasil potongan yang cantik.
- Boleh dinikmati suam atau sejuk terus dari peti ais. Memang sedap!
Sumber: Nor Al Fatihah Tihah
Baca juga: Rahsia Kuih Bom Bijan Yang Bulat Cantik, Rupanya Ada Tip Tak Pecah Waktu Menggoreng
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














