apam tokyo

Apam tokyo atau lebih dikenali sebagai apam manja, adalah kuih tradisional yang lembut, gebu dan manis. Sesuai sebagai snek pagi atau petang, apam ini memang digemari ramai kerana rasa dan teksturnya yang ringan.

Walaupun kelihatan rumit, kuih ini sebenarnya sangat mudah disediakan di rumah dengan bahan-bahan asas. Jadi, jom kami kongsikan resipi mudah untuk menghasilkan apam tokyo yang gebu dan sedap.

Baca juga: Rahsia Kuih Bom Bijan Yang Bulat Cantik, Rupanya Ada Tip Tak Pecah Waktu Menggoreng

RESIPI APAM TOKYO

apam tokyo

Bahan-bahan untuk kulit:

  • 1 cawan tepung gandum + ½ sudu teh baking powder (ayak bersama)
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan gula
  • ½ cawan susu segar
  • ½ cawan air
  • 1 sudu makan marjerin (dicairkan)
  • Secubit garam

Bahan-bahan untuk inti:

  • ½ cawan gula
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • ½ cawan air pati pandan
  • 1 cawan santan
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Untuk menyediakan inti kastard pandan, satukan semua bahan di dalam periuk atau kuali.
  2. Seterusnya masak menggunakan api sederhana hingga likat. Padamkan api dan sejukkan inti.
  3. Bagi menyediakan kulit apam, pukul telur dan gula hingga kembang.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Sendukkan adunan ke atas non stick pan dan sudukan inti dengan secukupnya. (Saya guna piping bag sebab mudah nak picit inti).
  6. Lipat apam dan kepitkan. Ulang langkah sama hingga semua bahan habis.

Sumber: Azizah Mansor Shaipol Hanizam

Baca juga: Kek Kukus Coklat Dengan Sukatan Cawan, Bila Makan Rasa Gebu Dan Cair Di Mulut

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN