Categories: Resipi

Cara Buat Roti Goreng Lemak Manis, Menu Ringkas Tapi Sedap Luar Biasa

Bangun tidur saja, pasti terus terfikir nak makan sarapan yang sedap. Kali ini, kami kongsikan cara buat Roti Goreng yang cukup lemak manis apabila dimakan.

Roti Goreng adalah roti yang disalut secara nipis dengan adunan telur yang kadangkala dicampur tepung bersama gula dan garam serta digoreng dalam minyak panas.

Jika ada banyak lebihan roti yang hampir dengan tarikh luput, tak lain dan tak bukan, semestinya ramai akan memilih untuk buat Roti Goreng yang lazat di rumah.

Bukan saja caranya begitu mudah tanpa jalan kerja yang renyah, malah hidangan ini tak memerlukan bahan-bahan yang begitu banyak untuk membuatnya.

Ratna Sari Zain telah kongsikan cara buat Roti Goreng lemak manis di Facebook yang kesedapannya berbeza dengan resipi lain dan sungguh luar biasa. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Roti Telur Cheese Lain Dari Yang Lain, Idea Sarapan Menarik Yang Wajib Dicuba

CARA BUAT ROTI GORENG LEMAK MANIS

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur ayam gred A
  • 2 atau 3 sudu besar susu pekat manis
  • Secubit garam
  • Roti potong (besar)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, pecahkan telur terlebih dahulu.

2. Masukkan susu dan garam, kemudian kacau sampai sebati.

3. Selepas itu, potong roti ikut citarasa masing-masing dan celup dalam adunan tadi.

4. Apabila minyak sudah panas, boleh mula menggoreng, angkat dan toskan.

Selain dijadikan sebagai sarapan, anda boleh gunakan cara buat Roti Goreng yang lemak manis ini untuk hidangan minum petang di rumah juga.

Senang cerita, anda boleh buat Roti Goreng pada bila-bila masa yang disukai. Manalah tahu tiada idea untuk bekal anak ke sekolah, bolehlah buat resipi ini saja.

Tambahan pula, menu ringkas ini juga merupakan idea terbaik sebagai potluck atau berkelah bersama keluarga tersayang. Rasanya yang cukup lemak manis, pasti memikat selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Ratna Sari Zain

Baca juga: Resepi Roti Goreng Sardin Celup Tepung, Bila Makan Terus Teringat Mak Cik Kantin Sekolah

Aimi

Recent Posts

Resipi Araittuvitta Mutton Kuzhambu, Kari Kambing ‘Pure’ Dengan Rempah Sangai Buat Kuah Lebih Harum!

Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…

49 mins ago

Ayam Masak Ketumbar Cili Padi, Masak Sampai Naik Bau Memang Buat Bertambah Nasi!

Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…

2 hours ago

Resipi Sos Thai Homemade, Tekstur Pekat Likat Memang Puas Nak Cicah Dengan Apa Pun!

Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…

3 hours ago

Cara Buat Scone Homemade Guna Tepung Kek, Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam!

Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…

4 hours ago

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

19 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

19 hours ago