Categories: Resipi

Cara Buat Roti Butut Bakar Yang ‘Rare’, Sajian Tradisi Yang Kian Dilupai

Roti Butut Bakar merupakan gelaran yang dipanggil oleh orang Kelantan, setiap negeri memanggil dengan gelaran yang berbeza-beza.

Orang Terengganu pula memanggil Roti Butut ini dengan gelaran Roti Paung manakala negeri-negeri lain memanggil roti ini dengan gelaran Roti Benggali.

Roti butut ini sangat sedap jika dicicah gulai, sup, air dan makan begitu sahaja pun cukup sedap.

Lagi sedap jika ia dibakar seperti yang dikongsi dibawah oleh Puan Afy Al Habibi atau lebih mesra dipanggil ‘cikgu’.

Menurutnya, resipi roti butut bakar seperti ini merupakan makanan orang lama termasuklah arwah ‘mok’ dan moyang beliau.

Cikgu kongsi resepi dari kampung ini yang pertama ya. Sebab ramai betul terpana dengan cerita yang cikgu tulis masa balik kampung sebelumnya di sini;

Tiada apa yang lebih istimewa melainkan menghargai sajian tradisi yang kian dilupai.

Cikgu berusaha memanjangkan resepi sebegini untuk mengagung kembali budaya makanan orang lama meskipun banyak variasi yang muncul selepasnya.

Semoga keunikan citarasa selera Mok dan nenek moyang cikgu dari Kelantan terus diminati selamanya.

Resipi Roti Butut Bakar Yang ‘Rare’

1. Guna satu plastik tu. Nama sebelah luarnya roti benggali. Kalau guna yang segi empat tu rasanya kurang kick.

Betul. Cikgu dah cuba. Okeh potong saiznya setebal satu jari dengan pisau pemotong roti ya. Baru cantik.

2. Seterusnya inilah rahsia bahan-bahan yang menaikkan rasa roti bakar tersebut. Wajib guna marjerin jenama nih Mok pesan. Kalau guna yang lain atau butter rasa klasiknya takkan timbul. Marjerin Seri Pelangi boleh buat roti kita bau wangi berganda.

Dulu harganya murah sikit dari yang lain. Sekarang dah naik. Tengok Mok simpan dalam bekas tu je. Jangan dikemas buang. Siaplah kena bebel. Sapu marjerin tu kat kedua belah roti ya.

Kemudian pecahkan telur dua biji. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi dah ada rasa masin.

3. Haa Mok sapu-sapu juga marjerin atas pan begini. Barulah roti dibakar garing cantik. Extra berlemak gituh. Habislah diet cikgu. Padahal tak fikir dah pun. 

4. Mok kata; ‘Kalu celup pelung so roti gitu parok telur. Tepek-tepek dengan garpu ginih baru jimat.’ Haa faham ke? Buat kedua belah ya.

Ingat tu Mok cikgu pesan. Kalau cikgu sendiri buat memang celup-celup. Tak cukup dua biji telur untuk seketul besar roti butut tu. Baik ikut cara Mok cikgu ni. Sederhana dalam semua perkara kan bagus.

5. Barulah dibakar atas pan tadi menggunakan api kecil sahaja. Balikkan kedua belah. Tunggu sampai garing. Ulang langkah yang sama untuk masak kesemua kepingan roti tadi.

6. Siap semua bolehlah disusun dalam dulang ke pinggan.

7. Haa ini je pilihan sapuan yang ada. Kalau nak letak kaya ke jem terpulang. Tapi percaya kata cikgu, letak susu paling sedap!

8. Aduhai. Melting rasanya. Makan panas-panas dengan kesayangan. Syok betul.

Kredit: Afy Al Habibi

Baca juga: Cara Buat Roti Boy Guna Roti Keping, Tak Perlu Uli Doh

Nasiha

Recent Posts

Tips Simpan Makanan Dalam Peti Ais, Baru Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…

3 hours ago

Peria Goreng Crispy, Ikut Cara Ini Tak Ada Rasa Pahit Walau Sedikit Pun

Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…

8 hours ago

Kek Coklat Karamel Kukus, Kombinasi Rasa Manis Dan Lembut

Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…

10 hours ago

Karipap Spera Cara Utara, Inti Kelapa Pedas Yang Menyelerakan!

Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…

10 hours ago

Kek Batik Pandan Lembut Yang Mudah, Resipi Ini Sumpah Tangkap Leleh!

Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…

10 hours ago

Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti

Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa.…

10 hours ago