Categories: Resipi

Resipi Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan Yang Sedap, Kuah Pekat & Cantik Elok

Gulai kuning ni ada macam-macam stail, yang ini pula Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan. Boleh jadi hidangan nasi berlauk untuk pagi dan juga tengah hari, memang sedap.

Hidang pula dengan sambal belacan, ikan rebus cicah dengan budu, ulam dan timun. ‘Sedak dooh’ bak kata orang Kelantan.

Kalau ada orang yang dari negeri lain nak cuba, boleh ikuti perkongsian dari Azizah Daud di bawah.

Cara Buat Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan tongkol sederhana besar
  • 1/2 kilo santan pekat
  • Cili merah hijau dan cili padi

Bahan kisar:

  • 10 biji cili kering
  • 2 biji bawang merah besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup

Cara-cara penyediaannya:

1. Rebus ikan tongkol dengan asam keping, masukkan juga garam dan gula secukup rasa.

2. Campur santan pekat dengan 5 gelas air, rebus hingga mendidih (masukkan piring atau sudu dalam gulai supaya tidak meruap).

3. Simpan 1/2 gelas santan tadi untuk mengisar bahan kisar, jadi tak perlu masuk air masa nak kisar. Supaya gulai tak bergentel, nanti kuah tak cantik.

4. Apabila santan tadi dah mendidih dan naik minyak, masukkan pula bahan kisar dan kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Biarkan gulai mereneh, kemudian masukkan ikan yang dah direbus tadi bersama air ikan. Biar mereneh lagi sehingga naik minyak dan berkilat.

6. Masuk cili besar dan cili padi. Makin lama gulai direneh, makin cantik hasil kuahnya.

Kredit: Azizah Daud

Baca juga: Resipi Gulai Lemak Ikan Kering Kelantan, Sedap Tak Terkata

Wan N

Recent Posts

Resipi Ayam Kukus Halia, Cara Masaknya Mudah Tapi Rasa Memang Luar Biasa!

Kalau bosan asyik masak ayam goreng atau ayam masak kicap, apa kata cuba resipi ayam…

3 minutes ago

Resepi Masak Lada Melaka, Kuah Pekat Berempah Letak Kerisik Memang Sedap Menjilat Jari!

Kalau sebut tentang masakan tradisional Melaka, masak lada antara lauk yang cukup terkenal dan digemari…

11 minutes ago

Resipi Kuih Dorayaki Lembut & Gebu, Boleh Letak Aneka Inti Disukai… Bukan Hanya Kacang Merah!

Resepi dorayaki ini memang sesuai dicuba kalau suka kuih yang lembut, gebu dan mempunyai inti…

1 hour ago

Cara Buat Apam Pisang Kukus Supaya Jadi Lembut, Gebu Dan Kembang Cantik!

Apam pisang kukus antara kuih yang boleh disediakan menggunakan pisang berangan yang sudah cukup masak.…

2 hours ago

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

3 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

3 days ago