cara buat puding coklat

Nak sediakan pencuci mulut yang mudah dimakan, anda boleh cuba cara buat Puding Coklat Cream-O yang menarik ini di rumah.

Mastura Razali telah tunjukkan cara buat Puding Coklat Cream-O di Facebook dengan hasil bentuk yang cukup cantik kejadiannya.

Dalam resipi ini, Mastura Razali telah gunakan satu paket lebih Cream-O, separuh kisar halus untuk dimasukkan dalam puding, separuh lagi untuk hiasan atas puding. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Biskut Marie, Nak Cantik Macam Kek Lapis Ada Caranya

CARA BUAT PUDING COKLAT CREAM-O

cara buat puding coklat

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • ½ tin susu pekat
  • 3 tin air
  • 10g serbuk agar-agar
  • 2 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan ½ cawan air)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar serbuk coklat (saya guna emulco coklat)
  • 1 paket atau lebih Cream-O

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan 1 tin susu cair, ½ tin susu pekat, 3 tin air, 10g serbuk agar-agar ke dalam periuk, kemudian hidupkan api dan kacau sampai agar-agar larut.

2. Selepas itu, masukkan secubit garam dan 1 sudu kecil esen vanilla, kemudian kacau dan biarkan adunan mendidih.

3. Seterusnya, masukkan bancuhan tepung kastard, masa ini boleh masukkan inti putih Cream-O sekali jika rasa sayang nak buang.

4. Kacau sebati sampai mendidih dan tutup api, kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian putih, satu lagi untuk masukkan serbuk coklat.

5. Masukkan Cream-O yang telah dikisar halus ke dalam adunan bahagian putih, kemudian letak dalam peti sejuk selama beberapa jam. Siap untuk dinikmati!

cara buat puding coklat

Bagi mengelakkan pembaziran, anda boleh masukkan krim putih Cream-O ke dalam adunan yang semestinya menambahkan lagi rasa Cream-O di dalam puding.

Cara buat Puding Coklat Cream-O ini cukup mudah untuk dicuba di rumah, malah ia juga sedap dimakan sejuk-sejuk bersama orang tersayang.

Selamat mencuba!

Sumber: Mastura Razali

Baca juga: Resepi Puding Coklat Tanpa Gagal, Ada Bahan ‘Ini’ Baru Tak Hancur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN