Categories: Resipi

Resipi Pisang Rebus, Makanan Orang Lama Yang Sudah Ditelan Dek Zaman

Jika bertanya kepada orang dulu-dulu berkenaan makanan legend, mereka pasti akan bercerita tentang pisang rebus.

Ia bukan saja pemanis mulut yang sedap untuk minum petang, malah ia juga tinggi serat yang baik untuk melancarkan sistem pencernaan.

Pisang rebus ini juga bagus buat mereka yang mempunyai penyakit diabetes dan darah tinggi. Selain itu, ia sangat sesuai buat mereka yang sedang berdiet kerana tidak mengandungi kolesterol, kaya dengan sumber tenaga dan tidak berminyak.

Cara penyediaannya juga tidak susah mana, mudah saja! Anda juga hanya memerlukan tiga bahan iaitu pisang, air dan garam.

Selepas siap direbus biasanya akan dimakan dengan kelapa parut, cicah gula atau susu pekat. Kalau ikut cara orang lama, wajib makan sambil hirup kopi panas.

Kalau ada yang teringin nak cuba, boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Cikkbieyy Rosli di bawah ya!

Baca juga: Bukan Sekadar Mitos, Ini 21 Petua Dapur Orang Dulu-Dulu Yang Dijamin Berkesan!

CARA BUAT PISANG REBUS

Bahan-bahan:

  • Pisang
  • Air
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1. Basuh pisang sehingga bersih. Jangan buang kulitnya.

2. Kemudian toskan dan masukkan pisang ke dalam periuk.

3. Masukkan air sehingga sama paras dengan pisang.

4. Kemudian, masukkan garam dan buka api sederhana.

5. Biarkan sehingga mendidih dan pisang menjadi empuk. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Cikkbieyy Rosli, Rosmini Rozi

Baca juga: Halwa Maskat, Manisan Orang Dulu Dulu Yang Kian Dilupakan

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

1 day ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

1 day ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

1 day ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

1 day ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

1 day ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

1 day ago