Categories: Resipi

Cara Buat Pisang Goreng Tanpa Serap Minyak, Rangup Sampai Petang

Selalu beli Pisang Goreng dengan peniaga yang jual di tepi jalan, tiba-tiba terlintas di fikiran apakah cara buat Pisang Goreng yang digunakan sampaikan ia sangat sedap?

Sesiapa pun pasti menyukai kudapan ringan seperti Pisang Goreng yang sangat popular di Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura.

Cara membuatnya cukup mudah dengan hanya mencelup pisang ke dalam bancuhan tepung, kemudian digoreng dalam minyak masak sehingga kekuningan.

Baca juga: Nak Resipi Cekodok Pisang Tanpa Gagal, Pakai Pisang Jenis ‘Ini’

Sesetengah orang suka makan Pisang Goreng bersama cheese, ada juga yang suka cicah dengan sambal kicap. Makan satu saja tak cukup, pasti bertambah punya.

Apa saja pencicah, Pisang Goreng yang rangup tetap jadi kesukaan ramai. Oleh itu, tak hairanlah ramai yang cari resipi yang sedap.

Apa kata anda cuba cara buat Pisang Goreng yang dikongsikan oleh De LaiLa Abdullah di Facebook ini? Ia dijamin sedap dan rangup sampai ke petang!

CARA BUAT PISANG GORENG TANPA SERAP MINYAK

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Bancuh semua bahan kecuali pisang dalam satu bekas besar.

2. Tambahkan kelapa parut untuk rasa pisang yang lebih berlemak dan enak. Kerak-kerak itu adalah hasil daripada kelapa parut.

3. Potong pisang nipis-nipis atau mengikut ketebalan yang anda suka. Pisang yang dipotong nipis akan jadi lebih rangup.

4. Panaskan minyak masak dalam kuali. Celup pisang dalam bancuhan dan goreng sehingga garing dan kekuningan, kemudian angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Jika bertanya tentang jenis pisang yang digunakan, anda boleh gunakan pisang raja atau pisang abu untuk membuat Pisang Goreng dengan rasa manis dan lazat.

Selain dimakan pada waktu pagi, Pisang Goreng juga enak dimakan pada waktu petang dan biasanya dihidang secara panas-panas.

Anda juga boleh gunakan cara buat Pisang Goreng ini untuk makanan lain seperti keledek, cempedak, keladi dan banyak lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: De LaiLa Abdullah

Baca juga: Senarai Kuih Goreng Untuk Menu Minum Petang, Ramai Kata Sedap!

Aimi

Recent Posts

Cara Buat Jelly Rambutan Yang Segar, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

Musim rambutan adalah antara musim buah paling dinantikan ramai. Salah satu resipi yang paling mudah…

9 hours ago

10 Khasiat Yogurt Jika Diambil Selalu, Nombor 9 Wanita Pasti Suka!

Sedapnya dapat makan yogurt yang masam-masam manis dan disejukkan dalam peti ais! Bukan sahaja enak,…

9 hours ago

Resepi Pau Kukus Mudah, Nak Bentuk Putih Cantik Guna Tepung ‘Ini’

Setiap kali berhenti di perhentian lebuh raya, kita akan lihat ramai peniaga yang jual pau…

10 hours ago

Sambal Tumis Bilis, Gelap Tapi Sedap Menyelerakan!

Orang kata kalau nak tahu sambal tumis bilis itu sedap atau tidak, tengok pada warnanya.…

11 hours ago

Resipi Bingka Tepung Pulut, Kuih Susah Jumpa Ini Pasti Ramai Rindu!

Bingka pulut merupakan salah satu kuih tradisional yang sukar ditemui. Hal ini kerana, sudah tidak…

13 hours ago

Jenama Jem Kaya Terbaik Malaysia, 10 Senarai Tak Lapuk Dek Zaman!

Kaya adalah sejenis jem tradisional yang sangat popular di Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Banyak jenama…

14 hours ago