Jika nak tumis bahan satu demi satu untuk buat hidangan asam pedas, memang ambil masa dan leceh. Penyelesaian paling mudah, sediakan saja Pes Asam Pedas yang siap guna.
Sebut tentang asam pedas, terus terbayang lauk yang berkuah merah menyala. Dengan rasa masam-masam pedas yang cukup padu, aroma rempahnya memang memikat selera.
Tak semua orang ada masa nak sediakan bahan dari awal. Jadi, kenalah buat Pes Asam Pedas siap-siap dengan mengikut resipi oleh Julia ALeen Aireish di Facebook ini.
Baca juga: Resepi Pes Tomyam Homemade, Pekat Dan ‘Kaw’ Macam Dekat Kedai Thai
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, potong cili kering secara serong, buang biji cili, bersihkan dan rebus lembut.
2. Selepas itu, angkat cili dan buang air rebusan.
3. Kemudian, satukan bahan bertanda (*) dalam pengisar atau blender dan kisar sampai hancur serta halus.
4. Seterusnya, panaskan minyak, tumis halba, kemudian letak serai. Tuang bahan kisar dan masak sampai pecah minyak. Nak tumis pes, elok lebihkan minyak masak.
5. Masukkan bersama bahan-bahan lain dan perasakan secukup rasa, kemudian masakkan lebih kurang 3 minit lagi.
6. Apabila sudah siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas supaya lebih tahan lama. Nak lebih tahan lama, simpan di tempat sejuk beku dalam peti sejuk.
Bagi menyediakan hidangan asam pedas dengan menggunakan pes ini untuk setengah ekor ayam, anda hanya perlu gunakan dalam 5 hingga 6 sudu besar Pes Asam Pedas bersama 5 cawan air.
Jika kekurangan dari segi rasa, boleh saja tambah mengikut selera. Nak kuah lebih pekat, tambahkan pes lagi. Warna kuahnya bukan setakat cantik dan sedap, malah aromanya cukup padu.
Selamat mencuba!
Sumber: Julia ALeen Aireish
Baca juga: Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas Johor, Kuah Pekat Elok Baru Kaw!
Nak sediakan kudapan mudah untuk sarapan atau minum petang? Resipi cucur crab stick rangup ini…
Bihun sup tumis sesuai dijadikan sarapan ketika hujan, terutama apabila teringin menikmati hidangan berkuah panas.…
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…