Categories: Tips & Petua

Perangkap Lipas Homemade Guna 3 Bahan Dapur, Buat Sekali Terus Nampak Hasil

Biasa kita dengar tentang perangkap tikus, tapi kali ini, mak-mak boleh cuba cara mudah untuk buat perangkap lipas pula. Binatang ini sering muncul tiba-tiba dalam almari dapur atau bahkan di dalam kereta. Yang paling menjengkelkan, ia cepat beranak-pinak.

Ramai orang biasanya menggunakan spray atau membeli ubat gegat untuk mengawal lipas. Namun, bahan-bahan ini tidak bertahan lama dan baunya pula kuat, kadang-kadang boleh buat kepala pening.

Bagi yang ingin cara lebih praktikal dan selamat, mak-mak boleh mencuba perangkap lipas homemade menggunakan bahan-bahan mudah yang ada di dapur sahaja iaitu marjerin, susu pekat manis dan minyak masak.

Kaedah ini juga sangat sesuai untuk kereta, kerana lipas boleh muncul bila terdapat sisa makanan atau sampah yang tertinggal, terutama selepas anak-anak makan di dalam kereta.

Baca juga: Rahsia Dapur Tak Jadi ‘Tempat Lepak’ Lalat, Petua Berkesan Guna Bahan Semula Jadi!

CARA BUAT PERANGKAP LIPAS GUNA 3 BAHAN DAPUR

Bahan-bahan untuk buat perangkap lipas:

  • Marjerin
  • Susu pekat manis
  • Minyak (boleh guna minyak masak biasa atau minyak terpakai)

Cara-cara buat:

  1. Campurkan semua bahan hingga sebati.
  2. Letakkan campuran ini di penjuru atau tempat yang selalu dilawati lipas, sama ada dalam dapur atau kereta.
  3. Biarkan semalaman. Keesokan hari, andaboleh lihat hasilnya, lipas yang banyak akan tertarik dan terperangkap.

Sumber: TikTok @chaaaxoxo

Baca juga: Cara Halau Tikus Dari Dapur Tanpa Racun, Confirm Tak Berani Tinggal Jejak lagi!

Wan N

Recent Posts

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

18 minutes ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

25 minutes ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

4 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago