perangkap lalat

Perangkap lalat merupakan salah satu cara paling mudah untuk mengurangkan kehadiran lalat tanpa perlu menggunakan racun serangga. Jika rumah, dapur atau kawasan kebun sering dipenuhi lalat, petua ini boleh dicuba kerana bahan-bahannya sangat mudah didapati dan kosnya juga rendah.

Menariknya, perangkap ini hanya menggunakan kulit pisang, gula dan cuka. Campuran ini akan menghasilkan bau fermentasi yang sangat digemari lalat. Apabila lalat masuk ke dalam botol, ia akan terperangkap dan sukar untuk keluar semula.

Selain berkesan, kaedah ini juga lebih selamat kerana tidak melibatkan bahan kimia berbahaya. Sesuai digunakan di sekitar rumah, kawasan tanaman, reban atau tempat pembuangan sampah yang sering menjadi tumpuan lalat.

Baca juga: Patutlah Suka Buat ‘Port’ Dekat Situ! Rupanya Ini Punca & Cara Halau Semut Dalam Soket Elektrik

CARA BUAT PERANGKAP LALAT DIY GUNA KULIT PISANG

perangkap lalat

Bahan-bahan:

  • 1 botol plastik 1.5 liter
  • ¾ hingga 1 cawan gula
  • ¾ hingga 1 cawan cuka (apa-apa jenis cuka)
  • 1 kulit pisang
  • Air suam secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan kulit pisang ke dalam botol plastik.
  2. Tambahkan gula dan cuka ke dalam botol.
  3. Tuangkan air suam secukupnya sehingga mencapai paras yang sesuai di dalam botol.
  4. Tutup botol dan goncang perlahan-lahan sehingga semua bahan bercampur rata.
  5. Gantungkan botol di kawasan terbuka seperti pada pokok, pagar atau tiang. Sebaiknya gunakan dawai kerana lebih tahan berbanding tali yang mungkin digigit haiwan seperti tupai.
  6. Biarkan perangkap tersebut beberapa minggu. Apabila botol sudah dipenuhi lalat, tutup rapat dan buang ke dalam tong sampah.

Sumber: Syafiq Wazan

Baca juga: 3 Petua Mudah Nak Buat Semut ‘Serik’ Naik Atas Meja, Makan Pun Jadi Lebih Selesa Tanpa Gangguan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN