Jom cuba buat peanut butter homemade @ mentega kacang tanpa gula ni. Jika beli di kedai, mentega kacang versi sihat ini memang harganya lebih mahal dari yang biasa. Sebalang kecil harganya boleh mencecah belas dan puluhan ringgit. Malah kebanyakan darinya diimport dari luar negara.
Tapi usah risau kerana sekarang anda boleh hasilkan sendiri. Kalau buat sendiri, lagi jimat berganda dari beli. Cara membuatnya juga tidak susah, hanya perlu menggunakan1 bahan saja iaitu kacang. Tak perlu letak minyak, air, gula dan garam.
Yang paling penting, anda perlu kisar kacang menggunakan pengisar kering baru menjadi. Jom lihat resipi perkongsian saudari Nurul Zhafaruba dan bahan-bahan yang diperlukan di bawah.
Baca juga: Doktor Kongsi Resipi Kiub Pati Ayam Homemade, Lebih Sihat & Tanpa MSG
Peanut butter sihat homemade. Tak ada GULA, GARAM & MINYAK.
1. Sangai kacang dalam air fryer pada suhu 18℃ selama 15 hingga 18 minit.
2. Kemudian, sejukkan kacang.
3. Kisar kacang menggunakan pengisar kering. Kisar sampai keluar minyak kacang itu sendiri. Tak perlu letak minyak atau air.
4. Siap! Selamat mencuba.
Kredit: Nurul Zhafarina
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…