Cara buat Nasi Goreng Cili Kering ini cukup mudah. Yang paling penting, ia tidak memerlukan banyak bahan, termasuklah sayur.
Jika ingin menghasilkan nasi goreng yang lebih sedap, anda boleh menambah lebihan lauk ikan goreng yang tidak habis dimakan.
Walaupun ringkas, hidangan ini mampu membuat sesiapa sahaja ingin makan bertambah-tambah. Jom kita cuba buat!
Baca juga: Cara Masak Nasi Goreng Legend Ala Tahun 70an, Ringkas Tapi Sangat Lazat!
CARA BUAT NASI GORENG CILI KERING
Bahan-bahan:
- Cili kering (rendam dengan air panas)
- Bawang kecil
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Belacan
Cara penyediaan:
- Ambil bahan-bahan yang telah disenaraikan, iaitu cili kering, bawang kecil, bawang putih, ikan bilis, dan belacan.
- Tumbuk semua bahan menggunakan lesung batu secara kasar atau halus.
- Jika ada baki ikan goreng, boleh juga ditumbuk sekali.
- Kemudian, rumis bahan yang ditumbuk hingga masak dan garing.
- Setelah bahan tumisan garing, pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau telur hingga masak.
- Tambahkan nasi yang telah dimasak dan jika ada, sayur-sayuran pilihan. Pastikan nasi dipisahkan agar tidak berketul, dan gaul rata dengan bahan-bahan lain.
- Tambahkan garam atau perasa lain mengikut cita rasa.
- Kacau rata sehingga semua bahan tercampur dengan baik dan nasi goreng mencapai rasa yang diinginkan.
- Setelah semua bahan digaul rata dan masak, angkat dan hidangkan dalam pinggan.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Zyda Arshad
Baca juga: Tip Masak Nasi Goreng Dalam Kuantiti Banyak Agar Lambat Basi