kuih onde onde

Kuih onde onde memang antara kuih tradisional yang tidak pernah jemu dinikmati. Kalau biasanya kita biasa makan onde-onde berinti gula melaka dan disalut kelapa parut, kali ini apa kata cuba versi yang lebih moden iaitu kuih onde onde coklat nestum yang sedang viral di media sosial.

Menariknya, resipi ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan proses penyediaannya juga tidak rumit. Bahagian luar onde-onde kekal kenyal seperti biasa, tetapi di dalamnya tersembunyi inti coklat yang akan mencair apabila digigit. Memang puas hati terutama bagi peminat coklat.

Kuih ini sangat sesuai dijadikan hidangan minum petang atau pencuci mulut selepas makan malam. Kalau ada tetamu datang pun boleh hidangkan kerana rupanya cantik dan rasanya pasti mencuri perhatian.

Baca juga: Kuih Lapis Sukatan Cawan Ini Jadi Kegemaran Anak-Anak, Lembut Dan Cantik Sekata

RESIPI KUIH ONDE ONDE COKLAT NESTUM

kuih onde onde

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 cawan air biasa
  • 1 sudu makan serbuk coklat
  • 1/2 sudu makan serbuk dark coklat (pilihan)
  • 1 bar coklat pilihan (dipotong dadu kecil)
  • Nestum secukupnya untuk salutan

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung pulut, tepung gandum, serbuk coklat dan serbuk dark coklat ke dalam mangkuk. Gaul sehingga semua bahan sebati.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga mendapat adunan yang lembut, tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.
  3. Sediakan coklat yang telah dipotong dadu kecil sebagai inti.
  4. Ambil sedikit adunan, leperkan dan letakkan seketul coklat di tengah. Tutup dan bulatkan kemas. Ulang langkah yang sama sehingga habis adunan.
  5. Didihkan air dalam periuk. Setelah air mendidih, masukkan bebola onde-onde yang telah siap dibentuk.
  6. Rebus sehingga semua onde-onde timbul di permukaan air sebagai tanda ia telah masak.
  7. Angkat onde-onde dan rendam seketika di dalam air biasa. Kemudian toskan bagi mendapatkan tekstur yang lebih cantik dan kenyal.
  8. Akhir sekali, gaulkan onde-onde bersama Nestum sehingga keseluruhannya bersalut rata.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Noor Suhadha

Baca juga: Kuih Ketayap Tanpa Santan, Kulit Lembut Dan Mudah Digulung Walaupun Guna Bahan Ringkas

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN