kulit ayam

Ada orang tidak menyukai kulit ayam dan terus membuangnya sewaktu sedang menyiang.

Rupanya, kulit ini boleh menghasilkan minyak yang boleh digunakan untuk apa-apa menu. Baunya juga wangi dan menjadikan masakan lebih sedap!

Bukan itu saja, ada kajian menyatakan bahawa minyak ini mengandungi khasiat tersendiri dan tidak mengakibatkan kanser sepeti yang digembar gemburkan.

Kalau nak tahu macam mana cara menghasilkan minyak dari kulit ayam, mari lihat cara yang ditunjukkan oleh Food Dida di bawah.

Baca juga: Petua Bersihkan Minyak Masak Hitam, Jimat Tak Perlu Buang Jika Baru Sekali Guna

CARA BUAT MINYAK DARI KULIT AYAM

1. Asingkan kulit ayam daripada bahagian daging.

2. Kemudian cuci sehingga bersih supaya tiada kotoran lain termasuk sisa bulu ayam.

3. Toskan airnya terlebih dahulu dan masukkan ke dalam kuali.

4. Sentiasa kacau kulit supaya tidak melekat pada kuali. Selepas 30 minit, terdapat banyak cecair mulai keluar.

5. Selepas 1 jam, masak sehingga kulit keperangan dan garing. Minyak sudah tersedia.

6. Tapis dan asingkan kulit tadi supaya minyak dapat disimpan.

7. Kulit boleh terus dimakan manakala minyak disimpan. Anda boleh gunakan minyak ini pada apa sahaja masakan seperti sayur goreng atau bubur.

Video penuh: 

@fooddida

Minyak dari kulit ayam. Seriously bau wangi sangat 🥰. Masak apa2 pakai minyak ni 😋 #fyp #fooddida #kulitayam #foodie #minyakkulitayam

♬ JoGeT CiNT4 S4kTi – ❛ *ೃ༄ Angsa Kejam ❛ *ೃ༄

Sumber: TikTok fooddida, mStar

Baca juga: Buat Sendiri Minyak Masak Guna Buah Sawit Di Rumah, Jimat Dan Mudah Sangat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN