mee kuah versi kelantan

Kalau ada daging banyak kat rumah tapi tak tahu nak masak apa, jom buat mee kuah versi Kelantan ni. Sedap kalau buat mee kuah guna daging sebab air daging tu akan jadi rasa manis.

Sesuai juga dihidangkan pada tetamu yang datang ke rumah. Pasti mereka akan hirup kuah sampai licin sebab terlampau sedap! Jom lihat resipi di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Tuan Adriana Arissa.

RESIPI MEE KUAH VERSI KELANTAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mee
  • Daging – hiris nipis (Boleh tambah lauk-lauk lain)
  • 7 ulas bawang putih  – tumbuk
  • 1 sudu kecik lada hitam-  tumbuk
  • 1 ketul kiub daging @ ayam (jika ada)
  • Sayur – kubis, sawi, carrot, tomato
  • Cili merah besar
  • Telur
  • Garan
  • Gula
  • Kicap sotong (jika ada)

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang putih dan lada hitam yang sudah ditumbuk sehingga wangi/perang.
  2. Kemudian masukkan daging. Tunggu sehingga air daging keluar, baru masukkan air. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan pula kiub ayam @ daging.
  4. Pecahkan telur sebiji-sebiji. Biarkan separuh masak.
  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran.
  6. Akhir sekalo, masukkan garam dan gula secukupnya serta kicap sotong secukup rasa. Siap kuah.
  7. Celur mee asing atau boleh masukkan terus mee ke dalam kuah.

Siap untuk dihidangkan bersama cili jeruk dan serbuk lada sulah. Selamat mencuba!

Kredit resipi: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Resipi Bihun Sup Chinese Style Yang Sedap, Senang Je Nak Masak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN