mee berkuah

Kadang-kadang bila perut mula berkeroncong, tapi idea nak masak apa tak muncul-muncul. Apa kata jom cuba resepi mee berkuah ini.

Resipi ini boleh dicuba jika perut tiba-tiba lapar atau masa hujan-hujan sejuk. Hirup kuah panas-panas, memang syok!

Yang menarik, bahan pun simple dan boleh guna apa-apa lauk yang ada kat dapur. Jom tengok cara membuatnya di bawah.

Baca juga: Mihun Sup Daging Ada Petuanya, Wajib Masukkan Bahan Penting ‘Ini’ Semasa Masak

CARA BUAT MEE BERKUAH

mee berkuah

Bahan-bahan (anggaran untuk 1-2 orang):

  • Minyak untuk menumis
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 sudu besar cili kisar (ikut tahap pedas masing-masing)
  • Air secukupnya (lebih kurang 1 cawan)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • ½ kiub pati ayam
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Daging/ayam/sotong/udang – ikut suka
  • Fishball/fishcake – optional
  • Sayur pilihan – sawi, kobis, dll
  • 1 bungkus mi segera
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan bau cili masak hilang.
  3. Tambahkan sedikit air dan biarkan mendidih. Pastikan cili benar-benar masak supaya kuah tak berbau hanyir.
  4. Masukkan 3 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tomato dan ½ kiub pati ayam. Kacau rata, kemudian tambah segelas air (anggaran – ikut kepekatan kuah yang diingini).
  5. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa.
  6. Bila kuah mendidih, masukkan bahan protein seperti ayam, daging, sotong atau udang.
  7. Tambah juga fishball atau fishcake jika suka.
  8. Bila semua bahan dah masak, masukkan sayur pilihan.
  9. Kemudian, masukkan mi segera dan pecahkan telur ke dalam kuah. Jangan kacau telur terlalu kuat, biar dia masak cantik dan tak buat kuah hanyir.
  10. Bila mi segera dah lembut, boleh tutup api.

Sumber: Nurhayati Nasir

Baca juga: Tips Rebus Mi Laksa Supaya Tahan Lama, Serius Tak Berlendir Langsung!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN