Categories: Resipi

Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Lembut, Letak ‘Bahan Ini’ Lagi Terasa Lemak Manisnya

Cara buat lempeng kelapa ini sangat ringkas, tak banyak bahan dan sesuai sangat untuk sarapan atau minum petang. Bau harum kelapa parut waktu tengah masak, memang buat satu rumah jadi wangi.

Ada geng tak kalau makan lempeng kelapa mesti cicah dengan gula? Perghh, memang padu! Lagi-lagi kalau guna kelapa yang tak terlalu muda dan tak terlalu tua.

Campur pula dengan sedikit air kelapa dan santan, hasilnya menjadi lebih lemak manis yang cukup ngam. Confirm sekali buat, tak cukup sepinggan. Jom kita tengok bahan dan cara nak buat di bawah.

Baca juga: Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

CARA BUAT LEMPENG KELAPA YANG SEDAP, LEMBUT DAN WANGI

Bahan-bahan:

  • 2 cawan kelapa parut
  • ½ cawan tepung gandum
  • Sedikit santan
  • Sedikit air kelapa (kalau tiada, boleh guna air biasa)
  • Secubit garam

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan di atas kecuali air kelapa.
  2. Gaul rata, kemudian tuang air kelapa sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
  3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak.
  4. Cedok satu senduk adunan, tuang ke dalam kuali dan ratakan nipis.
  5. Masak sehingga bahagian bawah garing, kemudian terbalikkan.
  6. Bila kedua-dua belah masak sempurna, angkat dan hidangkan panas-panas.

Siap! Lempeng kelapa ni sedap dimakan begitu sahaja atau boleh juga cicah dengan sambal tumis, gula atau pun kari.

Sumber: Masni Bahari

Baca juga: Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Wan N

Recent Posts

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

7 minutes ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

4 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago