Karipap antara kuih klasik yang sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia. Paling menarik, ada pelbagai versi doh karipap dan salah satunya ialah resipi karipap oksigen.
Jika balik kampung atau pergi kenduri, kuih yang selalu jadi rebutan mestilah karipap. Kulitnya yang rangup dan sedap memang buat orang tak boleh berhenti makan.
Resipi karipap oksigen yang dikongsikan oleh Dya Syazzy di Facebook telah menarik perhatian ramai. Rupa-rupanya, ramai juga peminat karipap seperti ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Kulit Karipap Pusing Langkah Demi Langkah, Rangupnya Tahan Lama!
Bahan-bahan doh:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, canai doh yang sudah diuli.
2. Selepas itu, kelim dengan kemas.
3. Akhir sekali, goreng sampai garing dan keemasan.
Jika lebih suka karipap berinti, boleh ikut resipi inti kentang di bawah ini.
Bahan-bahan inti kentang:
Cara-cara memasak inti kentang:
1. Mula-mula, tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu.
2. Kemudian, masukkan daging cincang atau isi ayam dan rempah kari.
3. Selepas itu, masukkan ubi kentang.
4. Seterusnya, tuangkan air secukupnya (cukup untuk tenggelamkan kentang) dan tambah garam.
5. Setelah itu, didihkan sampai kentang empuk dan air kering.
6. Kemudian, taburkan daun sup yang diracik halus.
7. Akhir sekali, tutup api dan biarkan inti sejuk sebelum digunakan.
Lihat betapa mudahnya cara buat karipap oksigen ini. Kulitnya rangup dan boleh isi inti mengikut citarasa sendiri, jadi ia sesuai dijadikan sarapan atau minum petang di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Dya Syazzy
Baca juga: Resipi Karipap Sardin Gebu Montok, Kulit Licin & Rangup Bukan Biasa-Biasa
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…