Apa menu untuk makan tengah hari nanti? Setiap hari, pastinya para ibu tidak pernah gagal untuk menyediakan makanan yang sedap dan berkhasiat untuk keluarga.
Apa kata hari ini kita cuba makanan barat pula jika jemu makan nasi.
Seorang pengguna Facebook Sha Farina telah berkongsi resipi lasagna yang pastinya sedap dengan menggunakan roti.
Jom kita cuba buat.
Roti Lasagna Simple
Bahan-bahan:
Roti Buku (tak kisah apa brand sekali pun)
Susu
Telur,
Butter
Keju
Sos Preggo
Daging
Cendawan
Cara-cara membuatnya:
1. Pertama sekali, buat bancuhan susu dan telur.
2. Kemudian, sediakan kuah spagetti mengikut selera masing-masing.
3. Lengserkan loyang dengan butter.
4. Selepas itu, celup roti dalam bancuhan susu dan telur, kemudian layerkan dalam loyang.
5. Kemudian, letak kuah spagetti dan ratakan.
6. Letak pula kepingan keju.
7. Ulang langkah 4-6 sampai 3 lapisan.
8. Kemudian, taburkan parutan keju.
9. Tuang lebihan susu dan telur itu kalau ada.
10. Bakar selama 30 minit pada suhu 170c, tetapi ikut oven masing-masing dan siap.
Mudah je nak buat resepi lasagna ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang.
Selamat mencuba!
Kredit resepi: Sha Farina
Baca juga: Pernah Tak Makan Lasagna Terung? Teringin Nak Rasa? Jom Cuba Resepi Mudah Ini!