Resipi Laksa Kedah ini sangat mudah untuk dicuba. Dengan perahan limau nipis dan cili padi yang pasti memecah selera. Hanya ikan yang segar digunakan untuk kuah laksa ini bagi menjamin rasa yang memuaskan. Kuahnya juga perlu tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan bahan ulaman segar digunakan untuk taburan di atas Laksa ini.
Makanan tradisi ini biasanya menjadi hidangan istimewa semasa musim perayaan. Bahan asas penyediaan sajian istimewa ini ialah laksa beras, ikan kembung, belacan, asam keping, cili, garam dan telur.
Baca juga: Resipi ‘Laksa Express’ Guna Sardin Tin, Sekejap Je Dah Siap Masak
1. Kisar cili, bawang dan belacan. Tuangkan ke dalam periuk. Kisarkan juga isi kan.
2. Satukan semua bahan dalam periuk. Isi ikan, cili, daun kesum, garam, ajinamoto, bunga kantan dan asam keping. Tambah air rebusan ikan dan air jika perlu (ikut kepekatan kuah).
3. Didihkan. Rasa sedikit biar secukup rasa. Jika guna cili lebih, kuah akan jadi merah. Kalau tak nak pedas, pilih cili yang kurang pedas atau boleh kurangkan cili.
4. Sewaktu masak kuah ni, kena selalu kacau supaya tidak meruap.
Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!
Kredit: Bulan Indah
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…
Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…
Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…
Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…
Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…