cara buat kuih lopes

Mengidam nak makan kuih lopes tapi tercari-cari resipi yang paling mudah untuk dibuat? Haa, ini dia cara buat kuih lopes yang paling senang untuk dicuba.

Kalau ikut cara ini, tak perlu susah-susah kukus pulut dan tak perlu gulung dalam daun pisang. Sekejap je dah siap buat!

Ikut saja resipi perkongsikan oleh saudari Shahera Ilani di bawah. Pasti puas hati!

CARA BUAT KUIH LOPES PALING MUDAH

Bahan-bahan untuk pulut:

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau (jika perlu)
  • Kelapa parut secukupnya

Bahan air gula melaka:

  • 1 keping gula melaka
  • 1 cawan gula perang
  • 5 cawan air
  • 1 helai daun pandan

Cara memasak:

1. Basuh beras pulut (tak perlu rendam), masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.

2. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila dan sejuk, gaulkan dengan sedikit garam dan ketepikan.

cara buat kuih lopes

3. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalam bekas yang sesuai. Kemudian bentukkan bulat (boleh guna cawan).

cara buat kuih lopes

4. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.

5. Untuk menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Ketepikan.

6. Sedia untuk dinikmati bersama pulut tadi.

Kredit: Shahera Ilani

Baca juga: Resipi Kuih Ketayap, Kuih Nostalgia Yang Sesuai Untuk Minum Petang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN