Kubis Masak Lemak Putih

Syok juga kalau buat Kubis Masak Lemak Putih. Mudah sangat cara penyediaannya.

Sesuai makan dengan lauk ikan goreng dan sambal belacan. Bosan juga kan asyik makan sayur tumis kan. Sekali sekala masak santan macam ni barulah syok.

Ala-ala hidangan kampung gitu.

Baca juga: Resipi Ajaran Mertua. Wanita Kongsi Selama 35 Tahun Hidup, Pertama Kali Makan Ikan Goreng ‘Sesedap’ Ini

Resipi kali ini min akan kongsikan cara opah min memasak dan tentunya akan buat korang bertambah nasi.

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sayur kubis masak lemak putih ni. Follow je sebijik-sebijik, confirm menjadi!

Resipi Kubis Masak Lemak Putih

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 3 biji bawang putih (diketuk)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 biji tomato (dipotong lapan)
  • 1 batang lobak merah (dipotong panjang)
  • 1 genggam ikan bilis (ditumbuk)
  • 1/2 biji kobis bulat (dihiris kasar)
  • 1/2 biji bunga kobis (dihiris kasar)
  • 1 kotak santan
  • 1 peket fucuk dan suhun (direndam dalam air)
  • Air masak secukupnya
  • Garam secukupnya

Cara-cara memasak ikut style opah:

1. Cairkan santan bersama air. Panaskan di dalam periuk dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis.

2. Masukkan kubis, bunga kubis dan lobak merah.

3. Tutup sekejap dan biarkan lembut.

4. Bila dah mendidih, masukkan pula tomato, fucuk dan suhun. Tabur garam secukupnya.

5. Dah siap!

 

Gambar hiasan

Siap untuk dihidang! Simple, mudah dan cepat. Makan dengan nasi putih panas-panas boleh terangkat dibuatnya!

Korang boleh adjust nak banyak atau pun sikit kuah sayur ni. Control je kuantiti air yang korang campur dengan santan kat awal-awal step tu nanti.

Selamat mencuba resipi dari opah min.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN