Peminat kopi wajib cuba buat kopi latte ala kampung ini. Sekali sekala tukar selera minum kopi macam ni sedap juga.
Menurunya empunya resipi, Madihah Hamid memberitahu air kopi ini telah membuat seisi keluarganya menjadi ‘ketagih’ sebab rasa dia sedap sangat!
Kalau ada yang berminat nak cuba, ikut saja resipi di bawah ini ya. Selamat mencuba!
Resipi Kopi Latte Ala Kampung
Bahan-bahan:
- Serbuk kopi 2 sudu
- Gula 3 sudu (option) (gula melaka@gula kabung@gula apung@gula merah)
- Air 400ml
- Susu 600ml
Cara-cara:
1. Satukan air dan kopi. Hidupkan api dan biarkan sehingga menggelegak (berbuih).
2. Biarkan dalam seminit (semasa menggelegak).
3. Tutup api, tuangkan ke dalam jug sambil tapis serbuk kopi. Masukkan gula dalam jug.
4. Panaskan susu sehingga sedikit berbuih.
6. Tuangkan air kopi dan susu dalam jug tadi. Kacau sebati. Tuangkan secawan untuk diminum.
6. Selebihnya simpan dalam peti. Lagi lama dalam peti lagi sedap. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar.
Kredit: Madihah Hamid