cara buat keropok lekor

Cara buat keropok lekor ini agak lain dari biasa kerana resipi ini menggunakan nasi sejuk dan ikan bilis. Namun, anda tetap boleh menghasilkan keropok lekor homemade yang sedap.

Gabungan nasi sejuk dan ikan bilis bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran makanan, malah memberi rasa masin semula jadi tanpa perlu letak banyak penambah perisa.

Baca juga: Resipi Ikan Bilis Goreng Tepung Rangup, Boleh Jadi Stok Snek Untuk Makan Bila-Bila Masa

CARA BUAT KEROPOK LEKOR GUNA IKAN BILIS

cara buat keropok lekor

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi sejuk
  • ½ cawan ikan bilis mentah
  • Tepung ubi secukupnya
  • Garam atau penambah perasa secukupnya (jika perlu kerana ikan bilis sudah masin)

Cara-cara memasak:

  1. Kisar nasi sejuk bersama ikan bilis hingga menjadi adunan yang sebati. Masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk dan tidak melekat di tangan. Bentukkan adunan mengikut saiz keropok lekor yang diinginkan.
  2. Rebus keropok yang telah dibentuk di dalam air mendidih sehingga ia terapung. Angkat dan toskan air sepenuhnya. Sejukkan keropok di dalam peti ais bahagian chiller semalaman supaya teksturnya lebih pejal dan mudah dipotong.
  3. Keesokan harinya, potong keropok mengikut ketebalan yang diinginkan dan goreng dalam minyak panas sehingga keemasan. Hidangkan keropok lekor ikan bilis ini bersama sos cili atau cicah kegemaran anda.

Video penuh:

Sumber: Orone Mondz

Baca juga: Resipi Cucur Nasi Ikan Bilis Lembut, Rangup Di Luar Dan Gebu Di Dalam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN