Siapa suka makan kerepek pisang rangup? ‘Ralit’ makan sampai tak sedar dah hampir habis sebalang. Lagi-lagi makan sambil menonton televisyen, laju je mulut mengunyah.
Jika sebelum ini asyik beli je, apa kata kita cuba buat sendiri pula kerepek pisang yang rangup ini. Caranya mudah sangat, tak guna banyak bahan pula tu!
Nak cuba? Jom ikut resipi perkongsian oleh Riyani Rupat Riau di bawah. Mana tahu boleh dibuat niaga bila dah pandai buat kan? Selamat mencuba!
1. Cuci pisang, kupas buang kulit. Cuci lagi pisang yang sudah dikupas dan kemudian toskan.
2. Ambil setengah cawan air. Letakkan garam, serbuk kunyit, ajinamoto dan larutkan.
3. Panaskan minyak dan sagat pisang dalam kuali yang berisi minyak panas. Boleh juga sagat dalam bekas lain siap-siap.
4. Goreng menggunakan api perlahan supaya kerepak garing merata. Setelah bahagian bawang garing, terbalikkan dan siram air perasa dalam 2 sudu.
5. Tunggu sehingga minyak tiada percikan dan buih minyak berkurang. Ia bermakna kerepek sudah garing sepenuhnya, dah boleh angkat dan toskan.
6. Kerepek yang dah siap boleh disimpan dalam balang atau bekas kedap udara. Selamat mencuba!
Kredit: Riyani Rupat Riau
Resepi peria goreng crispy ini sesuai untuk yang suka rasa rangup dan mahu peria tahan…
Bendi goreng berlada telur sesuai dijadikan lauk ringkas untuk melengkapkan hidangan harian. Gabungan bendi yang…
Jom cuba buat rice pudding atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai Ruz Bil Laban. Pencuci…
Nak cari cara mudah masak pulut yang tak memerlukan banyak langkah? Teknik yang dikongsikan oleh…
Kalau suka hidangan udang yang rangup dengan salutan berlemak dan wangi, udang butter nestum ini…
Ayam masak kengsom mungkin tidak seperti versi ikan, tetapi lauk ini memang menarik untuk dicuba.…