kentang goreng homemade

Suka makan kentang gorengApa kata jom cuba buat kentang goreng homemadeKalau buat sendiri lagi dijamin selamat tanpa bahan pengawet.

Nak bagi dekat anak makan pun tak was-was sebab dijamin bersih. Lihat saja cara membuatnya di bawah. Semoga bermanfaat!

Resipi Kentang Goreng Homemade

Bahan-bahan:

  • 5-6 biji kentang
  • Garam
  • Penyedap rasa
  • Serbuk lada hitam
  • Tepung jagung

Cara-cara:

1. Rebus kentang sehingga separa empuk.

2. Lenyekkan kentang. Kemudian letakkan garam, penyedap rasa dan serbuk lada hitam.

3. Masukkan 1 hingga 2 sudu tepung jagung. Gaul rata.

4. Leperkan adunan dan potong memanjang atau tekap mengikut kreativiti anda.

5. Kemudian goreng dengan api sederhana sehingga garing dan keperangan.

Selamat mencuba!

Kredit: Farah Afendy

Baca juga: Jom Buat Sendiri Onion Ring, Kos Pun Murah. Confirm Anak-Anak Makan Berebut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN