Categories: Resipi

Cara Buat Kek Pandan Gula Melaka, Lembut & Manis Yang Kena Dengan Jiwa Melayu

Jika bercerita tentang kek yang betul-betul ada jiwa Melayu, semestinya Kek Pandan Gula Melaka yang menjadi pilihan. Kali ini, kami nak kongsikan cara buat Kek Pandan Gula Melaka yang memikat selera.

Kek Pandan Gula Melaka sangat popular dengan gabungan bau harum pandan dan manis lemak gula melaka. Kadangkala, ada yang campurkan kelapa parut yang rangup.

Kami terjumpa cara buat Kek Pandan Gula Melaka yang dikongsikan oleh Eny Abdullah di Facebook yang bukan cantik dari segi rupa saja, tapi rasanya pun luar biasa sedap.

Baca juga: Resepi Kek Pandan Kukus, Lembut Dan Sedap Bersama Cheese Leleh

CARA BUAT KEK PANDAN GULA MELAKA

Bahan-bahan untuk kek pandan:

  • 200g tepung gandum
  • 200g gula kastor
  • 125g unsalted butter
  • ½ sudu teh baking powder
  • 2 biji telur ayam gred A
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • 75g santan kotak pekat*
  • 25g air*
  • 2 sudu makan jus pandan*
  • 2 titik pewarna hijau*

*Semua bahan bertanda (*) dicampurkan sekali.

Cara-cara membuat kek pandan:

1. Panaskan oven terlebih dahulu. Ayak tepung bersama baking powder sekurang-kurangnya dua kali untuk sebati. Pukul butter, esen vanilla dan garam sampai kembang. Boleh gunakan mixer tangan atau mesin.

2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai gebu, barulah masukkan telur. Apabila sudah sebati, masukkan campuran yang bertanda (*) tadi. Akhir sekali, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau guna senduk saja sampai sebati.

3. Susun papercup dalam loyang dan masukkan ¾ saja adunan kek pandan. Jangan banyak nanti kembang melimpah. Bakar sampai masak pada suhu 160ºC selama 25 minit guna api atas bawah. Setelah masak, sejukkan.

Bahan-bahan gula melaka buttercream frosting:

  • 50g gula melaka dihancurkan
  • 2 helai daun pandan
  • 1/8 cawan air
  • 3 biji putih telur saja
  • 110g gula kastor
  • 150g unsalted butter
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara membuat gula melaka buttercream frosting :

1. Campurkan gula melaka,daun pandan dan air dalam periuk. Masakkan serta kacau sampai hancur. Tutup api dan sejukkan dahulu.

2. Campurkan putih telur, gula dan garam dalam bekas dan masak menggunakan kaedah double boil sampai gula hancur. Setelah hancur, masukkan adunan ke dalam mixer dan pukul sampai adunan kental.

3. Perlahankan mixer dan campur butter sedikit demi sedikit. Pukul sebati. Barulah masukkan campuran karamel gula melaka dan pukul sebati seketika.

4. Setelah itu, barulah paipkan ke atas permukaan kek pandan tadi. Jangan lupa masak gula melaka untuk 1/3 lagi supaya dapat titiskan atas permukaan kek, barulah hasilnya cantik.

Cara buat Kek Pandan Gula Melaka ini memang menarik dan berbaloi untuk dicuba. Bagi mendapatkan kek yang sedap, gunakan unsalted butter dan sewaktu hias kek, titiskan karamel gula melaka.

Selamat mencuba!

Sumber: Eny Abdullah

Baca juga: Kek Pandan Gula Melaka Lembut Berkrim, Makan Sepotong Pun Tak Puas

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

1 hour ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

1 hour ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

2 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

2 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago