kaswi coffee

Kaswi coffee merupakan versi moden kepada kuih kaswi tradisional yang diberi sentuhan rasa kopi. Gabungan aroma kopi yang wangi dengan tekstur kaswi yang lembut memang buat ramai jatuh cinta pada pencuci mulut ini.

Kuih ini sesuai sangat dihidangkan waktu minum petang bersama teh atau kopi panas. Teksturnya kenyal lembut, tidak terlalu manis dan ada rasa kopi yang unik berbanding kaswi biasa.

Menariknya, resipi kaswi coffee ini tidak rumit dan hanya menggunakan bahan asas yang mudah didapati di dapur. Proses penyediaan pun ringkas, cuma perlu dikukus sahaja sehingga masak sempurna.

Siapa yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Anie Ssa untuk ketahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.

Baca juga: Resepi Kaswi Jagung Creamy, Lembut Tanpa Air Kapur & Aroma Jagung Asli Yang Menyelerakan

RESIPI KUIH KASWI COFFEE

kaswi coffee

Bahan-bahan A:

  • 4 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 uncang kopi (kopi segera)

Bahan-bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 2 sudu besar air kapur

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan A ke dalam periuk dan didihkan sehingga gula larut serta kopi sebati.
  2. Selepas mendidih, tutup api dan biarkan campuran bahan A sejuk sepenuhnya.
  3. Dalam bekas lain, satukan bahan B iaitu tepung gandum, tepung ubi dan air kapur. Gaul rata.
  4. Tuangkan bahan A yang sudah sejuk ke dalam campuran bahan B sedikit demi sedikit.
  5. Kacau hingga sebati dan tidak berketul.
  6. Untuk tekstur lebih halus, boleh kisar atau blend seketika adunan tersebut.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
  8. Kukus selama kira-kira 30 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
  9. Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.

Tip tambahan:

  • Pastikan bahan A betul-betul sejuk sebelum dicampurkan dengan tepung supaya adunan tidak berketul.
  • Jika suka rasa kopi lebih kuat, boleh tambah sedikit lagi kopi segera.
  • Sapu sedikit minyak pada pisau semasa memotong supaya kaswi tidak melekat.

Sumber: Anie Ssa

Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Pandan Gedik Lembut, Tekstur Elok Tak Lembik & Tak Terlebih Kenyal

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN