kari udang

Sesiapa yang tak tau nak masak apa dengan udang, boleh lah cuba.

Selalunya kari udang akan dipadankan bersama kentang dan sayur bendi, tapi boleh juga kalau nak letak bahan lain ikut citarasa masing-masing.

Bahan-Bahan:

Udang 1 atau 2kg
Bawang merah 5 biji – dikisar
Bawang putih 4biji – dikisar
Halia 1/2 inci – dikisar
2/3 sudu cili boh
Daun kari
Santan 1/2 biji atau 1/2 kotak
1 sudu asam jawa paste adabi
Serbuk Kari ikan 1 paket kecik bancuh dengan air
Gula garam serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan (Optional):

Ubi kentang
Bendi
Kacang panjang
Lobak merah

Cara-cara untuk memasak:

1. Tumis kesemua bahan yang sudah dikisar bersama daun kari sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili boh.
3. Serbuk kari tumis sehingga pecah minyak. Letak air sedikit kalau pekat sangat.
4. Masukkan asam jawa.
5.. Masukkan udang sehingga berubah warna. Selepas itu boleh masukkan santan.
6. Perisakan gula garam secukup rasa.

Nota: Udang jangan direbus terlalu lama kerana nanti udang akan menjadi keras dan tidak enak.


Kredit resepi: Husna Ralfaet

Baca juga: Tips Simpan Udang Supaya Tahan Lama & Kekal Segar, Isi Pun Tak Lembik & Lembut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN