cara buat kari ayam

Ramai yang sudah biasa memasak kari ayam, jadi kali ini apa kata kita cuba cara buat kari ayam Bangladesh yang sama lazat.

Berbeza daripada kebanyakan kari yang menggunakan santan, Kari Ayam Bangladesh ini tetap sedap walaupun tanpa menggunakan santan.

Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Makcik Ratu di bawah.

Baca juga: Tip Kari Ayam Ekstra ‘Kick’ & Wangi, Rupanya Kena Tambah 1 Bahan Rahsia Ini

CARA BUAT KARI AYAM BANGLADESH

cara buat kari ayam

Bahan-bahan kisar:

  • 7 ulas bawang kecil
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu teh jintan putih biji
  • 1 sudu besar jintan putih serbuk
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil lada hitam biji halus
  • 2 helai daun bay
  • 10 biji cili padi merah (boleh tambah jika suka pedas)

Bahan-bahan lain:

  • 1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian atau ikut suka
  • 1 biji bawang besar, dihiris nipis
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 7 biji pelaga
  • 1 sudu besar serbuk cili (resipi asal 1 sdt)
  • 5 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 kiub ayam atau serbuk perasa lain
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan plain yogurt (jika suka)
  • Air secukupnya

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan hiris: bawang besar, kulit kayu manis dan pelaga hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar (bawang kecil, bawang putih, halia, jintan, ketumbar, lada hitam, cili padi, daun bay). Tumis hingga naik bau dan rempah masak sempurna.
  3. Masukkan serbuk cili, serbuk kari daging, serbuk kunyit, kiub ayam/serbuk perasa dan garam. Gaul rata.
  4. Masukkan ayam, gaul sehingga ayam sebati dengan rempah.
  5. Jika menggunakan kentang, masukkan ikut cita rasa. Untuk kentang lembut, masukkan sekali dengan ayam. Untuk kentang kurang lembut, masukkan sedikit kemudian apabila ayam hampir empuk.
  6. Masukkan plain yogurt (jika guna) dan air secukupnya. Biarkan mendidih dan masak sehingga ayam dan kentang empuk.
  7. Tambahkan tomato ceri atau cili padi untuk warna dan rasa lebih menarik.

Setelah semua masak, kari sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Makcik Ratu

Baca juga: Resepi Kari Ikan Kembung, Cara Pecah Minyak Ini Buat Kuah Lebih Cantik Dan Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN