jeruk mangga

Jeruk mangga memang sedap! Tapi kalau beli, kebanyakan jeruk itu ada bahan pengawet supaya tahan lama. Sayangnya, bahan pengawet ini tidak berapa baik untuk kesihatan.

Bagi anda yang ingin menikmati jeruk yang lebih selamat untuk kesihatan, anda boleh mencuba resipi yang dikongsi oleh Puan Tg Khuzanika di bawah. Resipi ini mudah dan tidak memerlukan sebarang pengawet berbahaya. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Jeruk Betik Yang Bikin Ketagih, Sekejap Je Habis Makan Sebalang!

CARA BUAT JERUK MANGGA

jeruk mangga

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Belah buah pelam dan buang biji. Masukkan ke dalam bekas.
  2. Tambah garam (garam perlu cukup untuk mengrangupkan buah pelam).
  3. Tambah air secukupnya sehingga aras buah pelam. (Nanti bila sudah semalaman, jika ada banyak buih, itu tandanya garam tidak cukup. Tambah sedikit lagi garam).
  4. Biarkan selama dua malam sehingga warna buah pelam berubah menjadi kuning. Basuh bersih dan sejat.
  5. Masak 3 cawan gula bersama 4 cawan air sehingga mendidih dan gula hancur. Sejukkan.
  6. Setelah sejuk, masukkan ke dalam buah pelam tadi.
  7. Masukkan ke dalam peti ais dan biar semalaman lagi dalam air gula supaya rasa meresap.

Rasa lah, jika tidak cukup manis, tambah sahaja gula. Lagi lama jeruk, lagi sedap! Nak tambah cili pun ikut suka!

Kredit resipi dan gambar: Tg Khuzanika

Baca juga: Cara Buat Jeruk Rambutan, Warisan Nenek Moyang Yang Sudah Makin Dilupakan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN