Categories: Resipi

Cara Buat Jem Rambutan, Makan Dengan Biskut Bertambah Sedapnya

cara buat jem rambutancara buat jem rambutan

Ada banyak lebihan rambutan di rumah sampaikan tak tahu bagaimana untuk habiskannya. Jika kami beritahu tentang cara buat Jem Rambutan, pasti anda teruja punya.

Nama rambutan diperoleh daripada perkataan rambut dengan akhiran -an kerana kulitnya penuh bulu yang lebat.

Ia merupakan sejenis buah tropika bermusim dan mudah didapati di seluruh negara tropika khususnya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Selatan Thailand dan Selatan Filipina.

Baca juga: Jenis Rambutan Merah Dan Kuning, Mana Lebih Manis Serta Berkhasiat?

Ramai yang suka makan rambutan kerana isinya yang manis dan berjus. Jadi, tak hairanlah ramai yang buat jus rambutan dengannya.

Selain gunakan lebihan rambutan untuk buat jus, sebenarnya anda boleh juga buat Jem Rambutan yang sedap tau.

Nak tahu cara buat Jem Rambutan yang menarik, anda hanya perlu ikut langkah demi langkah yang diajarkan oleh Azlina Olin di Facebook ini. Jom cuba!

CARA BUAT JEM RAMBUTAN

cara buat jem rambutancara buat jem rambutan

Bahan-bahan:

  • Buah rambutan
  • Gula pasir (ikut sukatan 3 cawan isi rambutan dan 1 cawan gula pasir)
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit pewarna merah (jika suka)

Cara-cara:

1. Kupas kulit rambutan dan basuh bersih.

2. Rebus rambutan dengan sedikit air hingga isinya hampir lekang dari biji dan airnya kering. Jangan sampai hangus dan pastikan selalu dikacau.

3. Ambil isi rambutan dan kisar tanpa air dengan pengisar.

4. Masukkan isi rambutan ke dalam kuali dan tambahkan gula serta sedikit esen vanilla, kemudian kacau sehingga pekat berkilat.

5. Bila jem dah sejuk, simpan dalam bekas bertutup. Siap untuk digunakan!

Cara buat Jem Rambutan cukup mudah tanpa bahan yang banyak, malah anda juga tak bazirkan lebihan rambutan yang ada.

Warna Jem Rambutan akan jadi kuning jika tak gunakan pewarna, tapi rasa sedap dan nikmatnya tetap sama, malah cair di mulut.

Anda boleh nikmati Jem Rambutan ini bersama roti atau biskut dan keluarga anda pasti menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Azlina Olin

Baca juga: Cara Buat Jelly Rambutan Yang Segar, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

Aimi

Recent Posts

Tip Simpan & Panaskan Lauk Frozen, Ada ‘Pantang Larang’ Kena Ikut

Menyediakan hidangan harian boleh menjadi cabaran, terutamanya bagi yang sibuk bekerja. Salah satu cara mudah…

12 hours ago

Cara Hilangkan Bau Masam, Tengik & Kepam Pada Pengisar, Auto Macam Baru!

Blender atau pengisar makanan adalah alat dapur yang sangat berguna dan hampir semua rumah memiliki alat…

12 hours ago

Resepi Pes Tomyam Homemade, Pekat Dan ‘Kaw’ Macam Dekat Kedai Thai

Sementara menanti bulan Ramadan yang bakal tiba, banyak persediaan perlu dibuat terutamanya untuk memasak. Oleh…

12 hours ago

Cara Buat Ayam Goreng Berempah Berserdak Rangup, Sedap Meratah!

Ayam berempah resepi di bawah ini sangat mudah untuk disediakan. Bukan itu saja, bahan-bahan yang…

16 hours ago

Resepi Roti Paratha Sosej Cheese Guna Air Fryer, Rangup Bukan Main Lagi!

Apabila dapat tahu ada resepi Roti Paratha Sosej Cheese yang mudah dibuat dengan air fryer,…

16 hours ago

Resipi Daging Burger Masak Sos, Boleh Cuba Jika Lauk Basah Habis

Perkongsian resepi daging burger masak sos oleh Puan Hawa Mohd Amin ini salah satu menu…

16 hours ago