jagung cawan lemak manis

Tiba-tiba pula teringat jagung cawan lemak manis pasar malam. Rasa berlemak dia sedap sungguh!

Mudah saja kalau nak buat sendiri kat rumah. Kalau malas parut jagung, boleh guna jagung frozen yang ada dijual di pasaraya.

Kalau nak cuba buat, ikut saja cara-caranya di bawah. Yang paling penting resipi ini tanpa kukus, tak perlu susah-susah keluarkan pengukus dari kabinet. Selamat mencuba!

Resipi Jagung Cawan Lemak Manis Ala Pasar Malam

Bahan-bahan:

  • 1 paket jagung frozen jenama Daily Fresh
  • 1 tin krimer pekat manis
  • 3 sudu besar marjerin (lebihkan kalau nak lagi sedap)
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Masukkan jagung dalam kuali dan masukkan sedikit air sukatan anggaran setengah dari jagung.

2. Tutup kuali dan biarkan sehingga jagung empuk dan masak. Jika air kering, boleh tambahkan lagi air.

3. Masukkan pula susu pekat, sukatan mengikut manis yang disukai. Tambahkan juga garam dan marjerin secukup rasa.

4. Parutkan juga cheese di atas jagung jika suka.

Selamat mencuba!

Kredit: Aisyah Humaira

Baca juga: Jom Buat Sendiri Onion Ring, Kos Pun Murah. Confirm Anak-Anak Makan Berebut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN