Categories: ResipiTips & Petua

Cara Buat Ikan Rebus Homemade, Simpan Dalam Freezer Boleh Tahan Berbulan-Bulan!

Sebaiknya ikan rebus homemade kita buat sendiri kat rumah. Bukan apa, ikan rebus yang dibeli boleh diragui tahap kebersihan dan halalnya. Buat sendiri lagi puas hati.

Nak lagi mudah, buat banyak-banyak simpan dalam freezer. Tapi ada caranya kalau nak tahan berbulan-bulan! Jom lihat cara yang dikongsikan Puan Nor Azua Amlan di bawah.

Ikan Rebus Frozen, Simpan Dalam Freezer Tahan Berbulan-Bulan

Berikut perkongsikan tersebut:

Kalau boleh elakkan dan jangan beli yang ada jual dalam raga rotan dekat pasar-pasar tu, sebab tempat dia kotor dan menjijikkan. Dengan perut dan najis ikan yang tak dibuang, cara basuh, main siram je dengan air.

Lagi elok buat sendiri. Buat banyak-banyak, lepas tu simpan dalam frezzer. Tahan berminggu-minggu, bila nak makan/goreng ambil je.

Cara penyediaan:

  1. Cuci bersih ikan kembong.
  2. Gaul bersama 3 sudu garam dan perap selama 45 minit.
  3. Kukus selama 1 jam atau mengikut jumlah ikan.
  4. Walaupun nama ikan rebus tetapi cara penyediaan harulsh dikukus.
  5. Siap!

Cara simpan ikan rebus:

  1. Dalam bekas, alas dengan plastik.
  2. Susun ikan rebus dan alas lagi dengan plastik.
  3. Susun lagi ikan rebus. Buat sampai habis, layer by layer..
  4. Simpan ikan rebus ni dalam freezer, kalau nak goreng, angkat je lapisan plastik tu.
  5. Lembutkan ikan pada suhu bilik, lepas tu baru goreng.

* Nak goreng, keluarkan awal-awal mana yang perlu sahaja, biarkan pada suhu bilik, jangan. direndam, bila dah lembut, terus goreng. Jangan gaul bersama serbuk kunyit. Tak perlu!

Tak perlu basuh ikan tersebut sebab sebelum kita kukus ikan ni, kita dah bersihkan siap-siap. Lagipun kalau kita basuh sebelum goreng, takut ikan ni akan meletup-letup.

Nota:

  • Kalau buat banyak, asingkan siap-siap Ikan Rebus ni dalam plastik.
  • Keluarkan Ikan Rebus mana yang perlu sahaja. Selebihnya simpan semula dalam frezer.
  • Sebelum nak goreng, kalau Ikan Rebus tu masih keras beku, lembutkan dahulu pada suhu bilik. (JANGAN direndam Ikan Rebus dengan air)
  • Bila Ikan Rebus dah lembut, buang kepala dan ekor dan terus goreng. JANGAN gaul dengan serbuk kunyit pulak tau.

Kredit: Nor Azua Amlan

Nasiha

Recent Posts

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

3 days ago

Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…

3 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…

4 days ago

Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…

4 days ago

Resipi Beef Lasagna Tanpa Guna Sos Segera, Sedap Makan Panas-Panas!

Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…

4 days ago

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

7 days ago