Jom buat donat. Tapi kali ni kita buat donat pandan pula. Beza sikit dari donat biasa.
Donat pun gebu dan wangi je. Yang paling penting, proses nak buat sangatlah mudah.
Bahan yang digunakan juga tak renyah. kita akan menggunakan warna hijau yang ada pada daun pandan.
Baca juga: Cara Buat Donut Kampung Yang Gebu, Tak Perlu Guna Serbuk Penaik & Ovalette
Kisar dan ambil saja patinya. Tak perlu guna pewarna makanan. Guna je bahan semula jadi. Aromanya pun memikat hati!
Untuk kali ni, kita akan hidangkan keluarga kita dengan donat tradisional yang cuma ditambah 1 bahan iaitu pewarna air pandan didalamnya.
Tertarik anak-anak kita melihat warnanya. Sudah tentu kuih donat pula antara kegemaran mereka.
Resepi donat pandan ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Noriza Awang Hamat.
Bahan-bahan:
*Satukan semua bahan dan biar yis naik.
Bahan lain:
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan. Gulkan sehingga menjadi serbuk.
2. Kemudian, masukkan air yis tadi.
3. Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Ketepikan.
4. Biarkan doh mengembang dan naik sekali ganda.
5. Tumbukkan doh bagi doh turun. Kemudian, bentukkan doh menjadi bulat dan tekap bahagian tengahnya.
6. Habis bulatkan, biarkan doh mengembang sekali lagi baru digoreng dengan api perlahan.
7. Angkat, toskan dan boleh gulungkan dengan gula halus.
Selamat mencuba.
Sumber: Noriza Awang Hamat
Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…
Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…