cara goreng ikan

Biasanya kalau kita goreng ikan, cuma lumur garam dan kunyit saja kan? Apa kata jom cuba cara goreng ikan stail orang dulu-dulu ini pula.

Zaman sekarang dah jarang jumpa orang goreng ikan macam ini. Sedap dia memang lain macam, bukan biasa-biasa! Nak tahu macam mana caranya? Jom baca perkongsian oleh Ummi Hana di bawah.

Cara Goreng Ikan Stail Orang Dulu-Dulu

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 sdb cili kisar
  • 3 sdb garam halus
  • Belacan sedikit (optional)

Cara-cara:

  1. Tumbuk kunyit hidup, belacan dan garam sehingga hancur. Kemudian tumbuk bawang merah dan bawang putih, jangan lumat sangat.
  2. Masukkan cili kisar dan gaul rata. Masukkan dalam bekas tertutup, simpan dalam peti ais.
  3. Ambil sedikit bila nak guna, lumur pada ikan dan perap sekejap. Kemudian boleh digoreng. Minyak goreng ikan sedap buat goreng sayur atau buat nasi goreng ikan.

cara goreng ikan

Kredit: Ummi Hana

Baca juga: Mudahnya Buat ‘Cencaru Sumbat Sambal’ Guna Air Fryer, Kalau Goreng Minyak Jadi Kotor!