cara buat doh pizza

Pizza adalah hidangan kegemaran ramai, tetapi banyak yang beranggapan membuat doh yang sempurna memerlukan teknik menguli yang rumit. Kini, anda tidak perlu risau! Dengan cara buat doh pizza tanpa menguli ini, anda boleh menghasilkan pizza yang rangup dan lembut dengan mudah.

Teknik ini sangat sesuai untuk mereka yang sibuk tetapi ingin menikmati hidangan homemade yang sedap. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan langkah-langkah mudah untuk membuat doh pizza tanpa menguli. Anda akan terkejut betapa mudahnya proses ini dan betapa sedap hasilnya!

Baca juga: Resipi Pizza 5 Bahan Guna Roti Keping, Tak Perlu Pakai Oven!

CARA BUAT DOH PIZZA TANPA ULI

Bahan-bahan doh pizza:

  • 400gm tepung jigh protein
  • 300gm air suam
  • 2 sudu kecil minyak masak
  • 2 sudu kecil madu
  • 1 sudu kecil instant yeast
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara buat doh pizza:

  1. Campurkan air suam, minyak, madu dan instant yeast. Kacau sebati.
  2. Masukkan tepung high protein dan garam. Gaulkan kesemua bahan sampai jadi doh.
  3. Ambil satu bekas bersih dan letakkan sedikit minyak. Kemudian letakkan doh tadi dan tutup dengan kain/penutup.
  4. Rehatkan doh 30 minit.
  5. Tarik dan lipat doh empat penjuru dan rehatkan doh 30 minit (Set 1).
  6. Tarik dan lipat doh empat penjuru dan rehatkan doh 30 minit (Set 2).
  7. Tarik dan lipat doh empat penjuru dan rehatkan doh 30 minit (Set 3).
  8. Bahagikan doh kepada 4 bahagian (kalau nak saiz piza besar boleh bahagikan 2).
  9. Bentukkan doh membulat dan biarkan rehat sehingga doh naik 2x ganda.
  10. Doh siap digunakan untuk buat piza (boleh rujuk cara bentukkan pizza dalam video).
  11. Panaskan oven 230°C selama 15minit.
  12. Selepas bentukkan doh pizza. Boleh letak chopped tomatoes, mozzarella cheese dan apa sahaja toppings pizza yang anda suka.
  13. Bakar piza dalam oven pada suhu 230°C selama 10-15minit atau sehingga masak.
  14. Masa untuk pizza masak bergantung kepada oven masing-masing. Sebab suhu setiap oven berbeza walaupun dah set 230°C.

Video penuh:

Kredit: Dya Syazzy

Baca juga: Cara Buat Pizza Homemade Lembut, Puas Hati Boleh Letak Macam-Macam Topping!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN